Skip to main content
Group of 4 people receiving awards

Astro AWANI dan Astro Audio Rangkul Empat Anugerah di Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2025

Astro AWANI serta Astro Audio News & Traffic berjaya merangkul empat anugerah sempena Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2025 yang berlangsung pada 17 Julai 2026. Majlis penyampaian anugerah itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Pengiktirafan itu merangkumi kategori kewartawanan video, lintas langsung berita, foto, multimedia dan liputan radio, sekali gus mencerminkan komitmen Astro AWANI dan Astro Audio dalam menyampaikan laporan berkualiti dan berimpak kepada masyarakat.

 

Berikut senarai anugerah yang diterima;

Astro AWANI

  • Perak – Kategori Bicarawara Video Terbaik – Penerbitan ‘Buletin AWANI Khas: Dua Tahun Genosid Gaza: Bersama Aktivis Global Sumud Flotilla’ (Mohd Dzulfitri Md Yusop dan Azlinda Md Salim)

  • Gangsa – Kategori Lintas Langsung Berita Video Terbaik - Liputan 'Delegasi Freedom Flotilla Bebas, Dibawa Ke Istanbul' oleh Hilal Azmi 

  • Gangsa – Kategori Kewartawanan Foto Terbaik - Muhammad Shahir Omar

Astro Audio News & Traffic

  • Perak – Kategori Liputan Radio Terbaik  – Nicholas John 

Astro AWANI turut tercalon dalam senarai lima terbaik dalam kategori Kewartawanan Multimedia Terbaik menerusi "Siri Dengar, Faham, Hapus Stigma' yang dihasilkan oleh Afiq Ariffin, Nadia Nazaruddin, Imran Ismail, Zulhilmi Musa dan Allahyarham, Kusairi Ishak. Selain itu, wartawan Astro AWANI, Nur Saffea Ernadya, turut mencipta pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam tiga terbaik bagi kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail (TV). Thivyah Vegan John daripada Astro Audio News & Traffic turut tercalon dalam senarai lima terbaik bagi Kategori Liputan Radio Terbaik. 

HKM MPI-PETRONAS 2025 mengiktiraf karya terbaik pengamal media menerusi 21 kategori yang dipertandingkan. Majlis anugerah berprestij itu menghimpunkan kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada ketua pengarang, editor, wartawan, pengamal media, wakil kementerian dan agensi kerajaan, syarikat korporat, institusi pengajian tinggi serta rakan strategik industri media.