5 Komposer Hebat Berentap Cipta Lagu Terbaik Dalam Program Nyanyian Terbaharu ‘Raise The Star Malaysia’
13
June
2025

5 Komposer Hebat Berentap Cipta Lagu Terbaik Dalam Program Nyanyian Terbaharu ‘Raise The Star Malaysia’

Kuala Lumpur, 13 Jun 2025 – Astro selaku peneraju industri hiburan dan kandungan di Malaysia membawakan program nyanyian terbaharu ‘Raise The Star Malaysia’ untuk para pencinta rancangan realiti nyanyian. Program terbaharu Astro, ‘Raise The Star Malaysia’ bakal menyaksikan lima komposer terkenal bergabung dalam mencari lima pelapis baharu untuk mempersembahkan lagu baru hasil gubahan mereka di pentas akhir ‘Raise The Star Malaysia’. Siri ini bakal menemui penonton bermula 22 Jun 2025, setiap Ahad jam 9 malam secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Membawakan format baharu untuk pencinta program nyanyian, ‘Raise The Star Malaysia’ memaparkan pertandingan realiti nyanyian dari perspektif para komposer. Kelima-lima komposer ini, Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatanna akan menggunakan pengalaman, kreativiti dan pengetahuan mereka sepanjang penglibatan dalam industri muzik untuk mencari, membimbing bakat baharu dan dalam masa yang sama menggunakan kebolehan mereka untuk mencipta lagu sebagai taruhan buat bintang pilihan mereka di pentas dan sebagai persediaan mereka dalam menghadapi industri di masa akan datang. Diinspirasikan daripada program nyanyian global, keseluruhan aturan rancangan ini akan tertumpu kepada pencaturan para komposer dalam mencari bintang pilihan mereka di sebuah platform produksi tempatan bertaraf antarabangsa.

Rancangan ini akan dihoskan oleh dua gandingan pengacara terkenal tanah air, Alif Satar dan juga Sherry Alhadad pastinya akan membuat penonton terhibur dengan tenaga, dan juga karakter bersahaja mereka di atas pentas. 

‘Raise The Star Malaysia’ membawakan 30 bintang yang telah berjaya melepasi saringan ujibakat daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Kesemua mereka telah melalui 2 sesi uji bakat secara digital dan juga fizikal dimana mereka telah membuktikan kepada para juri dengan memberikan lantunan vokal yang mengagumkan. Mereka telah disaring oleh juri-juri berbakat, terdiri dari guru-guru vokal, komposer jemputan dan pihak produksi dengan teliti sebelum berjaya melayakkan diri sebagai peserta di peringkat seterusnya.

Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, “Astro ingin membawakan satu kelainan baharu dalam format rancangan realiti dengan mengangkat karya ciptaan komposer tempatan. ‘Raise The Star Malaysia’ bakal menampilkan komposer yang akan memilih antara bakat-bakat baharu untuk diangkat dengan memberi karya muzik mereka. Ini bermakna, peserta perlu merebut peluang untuk melayakkan diri bagi mendapatkan lagu khas ciptaan komposer di pentas akhir. Kami berharap program ‘Raise The Star Malaysia’ dapat memberikan inspirasi serta nafas baharu kepada pencinta dan peminat dunia muzik di luar sana agar lebih menghargai sesebuah karya seni.”

Setiap minggu, para peserta akan diuji dengan tugasan berbeza sehingga ke tahap maksimum melalui beberapa siri tugasan seperti persembahan solo, duet dan sebagainya. Mereka akan dinilai oleh para komposer yang turut berperanan sebagai juri rancangan bagi menentukan siapa yang akan layak untuk mara ke setiap peringkat seterusnya sehingga ke pentas final, untuk menjadi fenomena muzik seterusnya di Malaysia.

Para penonton boleh menyaksikan ‘Raise The Star Malaysia’ untuk mengikuti perjalanan para komposer dan bintang baharu dalam merealisasikan impian mereka menjadi penyanyi di Malaysia yang seterusnya melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak, dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838. 

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

  • Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum.

  •  Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%. 

  • ‘Slay Meter’ adalah sistem kedudukan (ranking) yang diberikan oleh para juri berdasarkan persembahan para bintang. Bintang yang mendapat 5 slay akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dari pihak penaja.

  • ‘Raise The Star’ disokong oleh QSR Brands (KFC) dan UMobile selaku Penaja Utama. 

  • Peserta dengan kedudukan paling bawah akan tersingkir dari pertandingan. 

| KONSERT RAISE THE STAR MALAYSIA | Mulai 22 Jun 2025, setiap Ahad, jam 9 malam

Berlangsung selama 8 minggu, konsert utama program ‘Raise The Star Malaysia’ akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.