Astro Audio, 13 Stesen Radio & YEOS Berganding Bahu Jayakan Edaran Bubur Lambuk Ramadan
17
March
2026

Astro Audio, 13 Stesen Radio & YEOS Berganding Bahu Jayakan Edaran Bubur Lambuk Ramadan

KUALA LUMPUR 17 MAC 2026: Astro Audio meneruskan komitmen mendekati masyarakat melalui penganjuran Kami Care Drive-Thru Bubur Lambuk, sebuah inisiatif tahunan yang menjadi antara program sinonim sepanjang bulan Ramadan. Tahun ini, Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi dipilih sebagai lokasi penganjuran, sekali gus membuka ruang untuk Astro Audio bersama para penyampai radio, rakan penaja dan sukarelawan turun padang menyantuni komuniti secara lebih dekat. Program ini bukan sahaja bertujuan mengagihkan juadah tradisi Ramadan, tetapi juga mengukuhkan semangat kebersamaan antara penyampai radio dan para pendengar yang sentiasa menjadi tulang belakang sokongan buat Astro Audio.

Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran, berkata:

"Kami amat bersyukur dan berbesar hati kerana penganjuran Kami Care Drive-Thru Bubur Lambuk pada tahun ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Al Hasanah atas kesudian menjadi tuan rumah serta menyediakan fasiliti dan ruang untuk kami melaksanakan program ini dalam keadaan tersusun dan selamat. Tanpa sokongan mereka, program sebesar ini tidak mungkin dapat direalisasikan dengan baik."

Beliau turut menambah bahawa sambutan masyarakat terhadap program tersebut amat menggalakkan.

"Sebanyak 2,000 pek bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada penduduk sekitar Bandar Baru Bangi. Ini adalah bukti bahawa nilai kebersamaan dan semangat membantu sesama komuniti masih utuh dan terus menjadi amalan masyarakat kita, khususnya pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan."

Dalam memastikan program ini berjalan dengan penuh bermakna, acara ini mendapat penyertaan aktif daripada 13 stesen radio Astro Audio, merangkumi penyampai radio dan sukarelawan dalam kalangan warga kerja Astro Audio sendiri.

"Tenaga dan komitmen para penyampai serta petugas Astro Audio sangat mengagumkan. Mereka bukan sahaja hadir untuk menyantuni penerima malah berperanan mengukuhkan hubungan dengan para pendengar yang selama ini setia bersama stesen radio pilihan mereka. Inilah nilai yang kami ingin bawa mendekatkan suara udara ke dunia sebenar," ujar Priya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada YEOS selaku penaja utama.

"Setinggi-tinggi penghargaan kami sampaikan kepada YEOS yang sentiasa komited menyokong inisiatif kami. Kehadiran mereka yang turut sama mengagihkan rangkaian minuman popular seperti Soya Bean dan Lemon Tea telah menambah keceriaan kepada para penerima. Kerjasama seperti ini amat kami hargai dan membuktikan pentingnya sinergi antara pihak industri dan komuniti."

Menurut Priya, program ini membawa nilai lebih besar daripada sekadar edaran juadah percuma.

"Kami Care Drive-Thru Bubur Lambuk bukan sahaja menghubungkan penyampai dan pendengar, malah ia menjadi platform untuk memperkukuh nilai ihsan, kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam komuniti. Ini adalah mesej penting yang ingin kami bawa bersama sepanjang penganjuran program ini."

Melihat sambutan yang luar biasa, Priya menegaskan komitmen Astro Audio untuk meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang.

"Dengan sokongan yang kami terima tahun ini, Astro Audio berhasrat untuk meneruskan penganjuran program komuniti seperti ini pada tahun-tahun mendatang. Kami percaya usaha sebegini mampu memberikan impak positif kepada masyarakat di samping mengeratkan hubungan antara para penyampai radio, warga kerja Astro Audio dan komuniti setempat."