Astro Audio News Raih Dua Kejayaan Besar di Anugerah Media Perkeso 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025
18
November
2025

Astro Audio News Raih Dua Kejayaan Besar di Anugerah Media Perkeso 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025

KUALA LUMPUR18 NOVEMBER 2025 – Astro Audio News sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam dunia penyiaran apabila meraih dua anugerah utama di duamajlis berprestij, iaitu Anugerah Media Perkeso 2025 dan Anugerah KecemerlanganMedia KPKT 2025.

Di Anugerah Media Perkeso 2025, Astro Audio News dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Anugerah Laporan Radio Terbaik menerusi laporan bertajuk “RUU Pekerja GiG 2025:Dari Risiko Jalanan ke Payung Jaminan” hasil kreativiti wartawan penyiaran dan pembaca berita, Muhammad Najib Md Nazri.

Sementara itu,di Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025, Astro Audio News meraih tempatpertama bagi kategori Anugerah Penyiaran Radio Terbaik dengan laporan bertajuk “The Urban Renewal Act – The Debate Over Redeveloping Malaysia” yang dihasilkanoleh wartawan penyiaran dan pembaca berita, Nicholas Darren John.

Ketua Operasi Bilik Berita dan Trafik Astro Radio News, Moganadas Muniandy, berkata kami amat berbangga dengan pencapaian ini dan bersyukur atas pengiktirafan yang diberikan. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan usaha keras pasukan kami,tetapi juga komitmen berterusan untuk memberikan kandungan berita yangberkualiti, sahih dan relevan kepada pendengar.

“Astro AudioNews sentiasa percaya bahawa setiap laporan yang kami hasilkan bukan sekadar berita, tetapi satu tanggungjawab untuk mendidik, memberi maklumat dan membentuk pemahaman masyarakat.”

“Pengiktirafan ini menjadi motivasi besar untuk kami terus berinovasi, memanfaatkan teknologiterkini dan memperkukuh kredibiliti sebagai sumber berita yang dipercayai. Kamiakan terus memastikan setiap laporan kami membawa nilai kepada pendengar, samaada melalui platform radio mahupun digital. Sokongan anda adalah kekuatan kami  terus bersama Astro Audio News untuk beritayang tepat, pantas dan berimpak tinggi,” ujarnya.

Kejayaan ini menjadi bukti dedikasi Astro Audio News dalam memperkukuh peranan sebagaisumber berita yang dipercayai, inovatif dan berimpak tinggi.