KUALA LUMPUR 2 MAC 2026 – Astro Audio meneruskan komitmennya untuk mendekati komuniti melalui penganjuran aktiviti bermakna sepanjang bulan Ramadan. Terbaharu, Astro Audio mengagihkan 200 pek bubur lambuk secara drive-thru di Bazar Ramadan Jalan Raja Uda, Kampung Baru, dari jam 4.30 petang hingga 6.00 petang.
Acara ini turut disertai barisan penyampai radio daripada rangkaian Astro Audio termasuk ERA, ERA Sabah, ERA Sarawak,SINAR, THR Gegar dan ZAYAN. Antara penyampai yang terlibat ialah Der,Munabella, Hefny, Falyq, Dina, Roy Azman, Ray, Putra, Aswad, Anas Tahir,Farhira, Ummi, Afirah Chin, Asyilah Tan, Emma dan Deemike, yang turun padang untuk mengagihkan bubur lambuk dan bertemu pendengar secara lebih dekat.
Menurut Pengarah Astro Audio, Priya DharshiniPrabakaran, acara di Kampung Baru ini bukan sekadar aktiviti pengagihan bubur lambuk, tetapi mencerminkan semangat kebersamaan yang ingin dipupuk Astro Audio sepanjang Ramadan.

“Ramadan adalah bulan penuh keberkatan yang mengingatkan kita tentang keprihatinan, kesederhanaan dan rasa syukur. Melalui inisiatif drive-thru ini, kami berpeluang bukan sahaja memberi, tetapi turut bertemu sendiri dengan pendengar yang selama ini menyokong stesen-stesen radio Astro Audio. Suasana hari ini sangat meriah dengan kehadiran peniaga, pengunjung bazar dan peminat setia yang singgah untuk mendapatkan bubur lambuk sambil berinteraksi dengan penyampai kegemaran mereka.
Ini merupakan lokai kedua kami untuk tahun ini pengagihan bubur lambuk secara drive-thru, dan kami melihat ia sebagai salah satu cara terbaik untuk mengeratkan hubungan antara komuniti, peniaga tempatan serta pendengar. Astro Audio sentiasa percaya bahawa radio bukan sekadar medium hiburan, tetapi juga jambatan yang menyatukan masyarakat. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan selama ini dan berhasrat untuk meneruskan lebih banyak inisiatif komuniti seperti ini pada masa hadapan.”
Penganjuran ini mengukuhkan komitmen AstroAudio dalam memberikan kembali kepada masyarakat, di samping meraikan semangat Ramadan bersama pendengar dan komuniti tempatan.


%201.png)

