Astro Julang Bakat Malaysia Timur Menerusi ‘Borneo Rising’
Perkasa warisan budaya Sabah dan Sarawak dalam program nyanyian realiti baharu
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2026 - Astro, selaku peneraju hiburan di Malaysia, sekali lagi bakal menggegarkan industri muzik tanah air dengan membawakan platform pencarian bakat baharu yang direka khusus untuk mencungkil bakat luar biasa rakyat Malaysia, khususnya anak-anak Borneo. Platform ini membuka ruang buat mereka melangkah lebih jauh dalam industri muzik tanah air, bukan sahaja di peringkat nasional, malah berpotensi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Program ini bakal bermula pada 6 September ini, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), serta boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.
Dianjurkan sepenuhnya dari Sabah, Borneo Rising merupakan platform pencarian bakat generasi baharu yang pertama seumpanya, membawakan misi untuk mengangkat semangat, budaya dan identiti muzik Borneo dan dalam masa yang sama beserta misi untuk mencungkil, membimbing, dan mengangkat suara-suara baharu Malaysia daripada bakat tersembunyi kepada pengiktirafan nasional.
Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, “Borneo Rising lebih dari sekadar pertandingan, ia berfungsi sebagai satu penghargaan terhadap kesenian warisan budaya, genre muzik dan semangat kreatif yang telah sekian lama menjadi identi di Sabah dan Sarawak. Menerusi program ini, kita akan dapat lebih mendalami, memahami dan juga mempelajari mengenai keunikan alunan irama muzik yang akan dibawakan oleh para peserta, sekaligus mengangkat budaya mereka ke satu pentas yang lebih tinggi "
Tambah beliau, “Melalui gabungan latihan, persembahan langsung dan juga interaksi bersama penonton, setiap peserta Borneo Rising ini akan mendapat pengalaman untuk membentuk perjalanan sebagai seorang bakat daripada hanya sekadar suara tempatan kepada nama yang akan dikenali di peringkat nasional, seterusnya antarabangsa.”
Borneo Rising bakal menampilkan gandingan dua pengacara terkenal tanah air, Zizan Razak dan Sherry Alhadad — gabungan duo ikonik yang pastinya akan menggamit kemeriahan suasana sepanjang program berlangsung. Manakala barisan juri pula terdiri daripada nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air dari Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur, termasuk vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, finalis Akademi Fantasia yang turut dinobatkan sebagai pemilik vokal terbaik, Marsha Milan, serta Shila Amzah, anak jati Malaysia yang telah menempa dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Borneo Rising turut dibawakan khas oleh CelcomDigi selaku rakan strategik sepanjang program ini berlangsung. Penerbitan Borneo Rising juga digerakkan menerusi kolaborasi strategik bersama RTM selaku rakan penyiar rasmi, Astro Gempak selaku rakan digital, serta ERA, ERA Sabah dan ERA Sarawak selaku rakan radio rasmi. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO, Sooka dan RTMKlik
Temui barisan filem, drama dan program Signature Live Astro yang akan datang di semua platform Astro, serta saksikan tayangan filem terpilih di pawagam apabila tersedia. Dapatkan Pek Astro X3, penawaran penstriman baharu tanpa memerlukan dekoder, pemasangan atau kontrak, bermula daripada hanya RM39.99* sebulan. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.