Kuala Lumpur, 21 November 2024 – Astro sekali lagi bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), melancarkan program ‘INNOVATHON’ Musim 2, sebuah program realiti tv berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian dan juga penambah baikkan terhadap isu sosio ekonomi semasa.‘INNOVATHON’ Musim 2 bakal bermula pada 30 November 2024, Sabtu, jam 9 malam, di Astro Ria (saluran 104) dan RTM saluran TV1 bermula 1 Disember 2024, Ahad. Dan 'INNOVATHON' Musim 2 juga bakal bersiaran Astro Vaanavil (saluran 201), Astro AEC (saluran306) dan Astro Showcase (saluran 413).
Lebih Istimewa, program ‘INNOVATHON’ pada musim ini turut membabit kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi sebagai usaha mempopularkan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah dan juga peringkat Universiti. Program ini juga turut menarik perhatian Asia School of Business (ASB) untuk menjadi rakan strategik bagi musim kali ini. Seramai 56 orang peserta telah dipilih menerusi sesi ujibakat, dan bakal bersaing di pentas ‘INNOVATHON’ dengan memberikan persembahan idea-idea menarik berteraskan sains dan inovasi menerusi siaran selama 8 episod. Setiap episod bakal menyaksikan kesemua peserta memberikan pembentangan terbaik dalam usaha memenangi hati panel juri dan juga rakyat Malaysia. Idea terbaik dari setiap episod akan terpilih untuk mara ke peringkat akhir, dan mereka akan bersaing bagi memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1 juta.
Astro teruja dapat menjalankan peranannya dalam menyediakan platform buat kesemua pemikir berbakat ini. Sebagai sebuah platform yang besar, ‘INNOVATHON’ memberikan ruang dan peluang kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini untuk membentangkan inovasi kreatif mereka, dan juga dalam masa yang sama membantu menyokong inisiatif Kerajaan dalam mengkomersilkan lagi bidang Sains dan Teknologi.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad berkata, "Musim pertama program ‘INNOVATHON’ telah menarik ramai pemikir inovatif dari segenap lapisan umur, oleh itu untuk musim kali ini, selain dari bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian MOSTI, kita kini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi bagi meraikan dan menggalakkan golongan pemikir inovatif dari kalangan pelajar sekolah dan juga universiti. Ini sebagai menyahut inisiatif Kementerian-Kementerian dalam usaha mempopularkan budaya sains dan teknologi terutama dalam golongan generasi muda, memberi peluang kepada para pemikir kreatif ini menggunakan pentas ‘INNOVATHON’ untuk melontarkan idea kreatif mereka.”
Menteri Ekonomi, YB Mohd Rafizi bin Ramli, berkata “INNOVATHON mampu merangsang perubahan berterusan, memperkasa kreativiti masyarakat dan membuktikan inovasi subur dalam kalangan rakyat Malaysia”.
Telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Content Asia 2024 dalam kategori program realiti original dan/atau Pertandingan Terbaik, ‘INNOVATHON’ musim 1 telah membuktikan bahawa program seumpama ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pencapaian ini menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program yang ilmiah dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi juga di seluruh Asia.
‘INNOVATHON’ Musim 2 menampilkan gandingan dua Menteri Kabinet Malaysia, Menteri Ekonomi, YB Mohd Rafizi Ramli dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang sebagai juri tetap serta gandingan bersama juri selebriti Erra Fazira dan Zahirah MacWilson. Datuk Aznil Hj. Nawawi selaku Mentor Persembahan‘INNOVATHON’ sekali lagi akan membimbing dan memberi motivasi kepada semua peserta program ini, manakala Awal Ashaari pula akan bergandingan bersama Amelia Henderson sebagai hos.
Saksikan ‘INNOVATHON’ Musim 2 bermula 30 November 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan saluran TV1 RTM. Strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi AstroGO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
*Tertakluk pada terma dansyarat.
PENJURIAN& TRIVIA ‘INNOVATHON’ MUSIM 2
· Secara ringkas, setiap episod menampilkan beberapa idea tetapi hanya satu atau dua idea terbaik akan dipilih untuk mara ke Pentas Akhir. Pada peringkat ini, mereka akan bersaing untuk memenangi dana sokongan pembangunan perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1,000,000.00. Lapan peserta untuk setiap episod akan memperkenalkan dan mempersembahkan idea mereka di hadapan 100 pengguna dan 5 juri professional.
· Para peserta akan melalui 3 peringkat:
a) Pengenalan Latar Belakang
b) Bimbingan
c) The 100 Pitch
· Pengenalan Latar Belakang merupakan salah satu proses yang dilalui para peserta semasa sesi ujibakat serta sesi bersama mentor. Sesi ini dilakukan sejurus sahaja para peserta disenarai pendek untuk ke pusingan seterusnya. Pada peringkat ini, idea-idea yang dibentangkan akan dinilai dari sudut kemampuan untuk dibangunkan serta kemampanan dalam pelaksanaan.
· Menerusi segmen Bimbingan, peserta-peserta akan menerima nasihat dan mentorship daripada pesonaliti-pesonaliti yang telah berjaya dalam industri masing-masing. Ini termasuk usahawan, pelabur, ikon niaga, selebriti dan personaliti tanah air tersohor.
· Setiap peserta yang terpilih untuk mara ke peringkat ‘INNOVATHON’ seterusnya akan menerima sesi bimbingan asas bersama mentor yang berpengalaman secara bersemuka bagi membantu perjalanan mereka sewaktu sesi pitching berlangsung.
· The 100 Pitch pula menyaksikan para peserta mempersembahkan idea mereka kepada 100 bakal pengguna yang dipilih dari pelbagai latar belakang demografi yang merangkumi 40%daripada penilaian keseluruhan.
· Selain daripada 100 individu tersebut, lima juri akan dipilih setiap minggu daripada kumpulan pakar. Mereka akan menilai dan memberikan peratusan markah sebanyak 60% menerusi penilaian profesional mereka.
· Di Pentas Akhir, peserta akan membentangkan idea terakhir mereka kepada panel yang terdiri daripada lima orang juri utama daripada pelbagai bidang fokus termasuk usahawan, ikon niaga dan juga potensi pelabur. Para juriakan menilai kemajuan idea berdasarkan beberapa faktor seperti peluang,teknikaliti dan kriteria lain serta memberikan maklum balas sebelum memilih pemenang.
· Pemenang Pertama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM80,000 dan RM50,000.Tempat keempat dan kelima akan menerima RM10,000 dan RM5,000.Kelima-lima pemenang ini juga akan menerima dana sokongan pembangunan perniagaan mengikut kesesuaian dan skala perniagaan mereka dengan nilai terkumpul sehingga RM1,000,000.00.
· Program INNOVATHON Musim 2 akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) dan RTM saluran TV1 bermula 1 Disember 2024, Ahad. Dan INNOVATHON Musim 2 juga bakal bersiaran Astro Vaanavil (saluran 201), Astro AEC (saluran 306) dan AstroShowcase (saluran 413).