Astro Membawa Sentuhan “Magika” Dalam Musim Terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar’
11
September
2024

Astro Membawa Sentuhan “Magika” Dalam Musim Terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar’

MLS4 menyajikan kisah hikayat menerusi sketsa komedi muzikal di Astro Warna

Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ yang akan bersiaran secara langsung bermula 22 September ini, setiap hari Ahad, jam 9 Malam di Astro Warna (saluran 107).

Edisi keempat ini membawa suntikan ‘Magika” sebagai nadi persembahan setiap kumpulan, menceritakan kisah-kisah hikayat dahulu atau cerita dongeng dalam lawak mereka secara lakonan spontan.

Mengekalkan format sebelumnya, cabaran mingguan akan diberikan berdasarkan lokasi dan setiap kumpulan diberi kebebasan untuk menghasilkan karya mereka dengan apa jua jalan cerita berlatar belakangkan lokasi tersebut. Uniknya musim kali ini, setiap kumpulan akan diperkenalkan dengan elemen baharu iaitu genre muzik yang berbeza setiap minggu. Mereka akan ditugaskan untuk melakonkan sketsa komedi mereka berdasarkan lokasi yang diberikan, dengan hanya menggunakan genre lagu yang ditetapkan.

Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, berkata “Musim lepas kami memperkenalkan kombinasi peserta baharu iaitu pempengaruh atau golongan content creator untuk mewarnai barisan peserta dan program. Musim kali ini pula kami membawa kombinasi pempengaruh, pelakon dan pelawak popular. Ini bertujuan untuk menjadikan setiap pertandingan lebih sengit, dan pada masa yang sama, menarik buat semua penonton dan peminat dengan variasi yang ada.

Keunikan ini diteruskan lagi dengan kepelbagaian dalam pemilihan bintang-bintang ternama termasuk barisan hos dan juri. Usaha kami selaras dengan misi berterusan Astro Warna untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama bagi komedi. Program ini bukan sahaja akan menampilkan bakat-bakat komedi yang menarik daripada para peserta, tetapi ia juga akan mempamerkan versatiliti mereka, menawarkan perspektif komedi baharu dan menarik kepada penonton. Kami percaya bahawa musim baharu ini bukan sahaja akan menarik minat pelbagai lapisan penonton tetapi juga akan mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan hiburan komedi berkualiti tinggi yang mampu memikat penonton dari semua peringkat umur,” tambah Norzeha.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ menampilkan 10 kumpulan yang bakal bertanding untuk merebut gelaran juara. Setiap kumpulan merangkumi tiga peserta termasuk muka-muka baharu daripada pelbagai sektor industri hiburan iaitu pelakon popular Harris Annuar, Eric Fuzi (Floor 88),  Zulin Aziz, Puteri Sarah Liyana, Nasz Sally, Isyariana, serta pempengaruh Aretoy, Tajuddin Bakar, Yah Kucai dan Acap S.

Musim ini turut membawa kembali pelawak-pelawak hebat yakni bakat-bakat regular seperti juara musim lepas Namie dan Fad Bocey, serta Chiwan, Has Arteh, Dewa Arteh, Nizam Jentik-Jentik, Shashic, Aya Amiruddin, Ali Puteh dan ramai lagi.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ dimeriahkan dengan gandingan barisan juri yang merangkumi muka-muka baharu. Buat julung kalinya, program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri. Manakala Dato’ AC Mizal bakal diperkenalkan sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

PENJURIAN & TRIVIA 'MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 4'

1. Penganjuran edisi keempat ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, serta ERA & SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi.

2. Shah Nizam atau lebih dikenali sebagai Shah Slam akan menggalas peranan sebagai Pengarah Muzik.

3. Persembahan setiap kumpulan akan diadili 70% daripada pemarkahan pihak juri serta pemberian “Bintang”. Manakala 30% selebihnya akan ditentukan oleh undian para penonton menerusi lamab web Astro Gempak.

4. Juara ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 150,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 75,000, RM 50,000 dan RM 25,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

5. Para penonton boleh mengundi persembahan kumpulan kegemaran mereka pada setiap minggu sejurus selepas program tamat menerusi Astro Gempak. Kumpulan yang mendapat undian tertinggi akan memenangi anugerah Astro Gempak yang akan diumumkan di segmen akhir setiap mingg