KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2024 – Astro kembali menampilkan bakat-bakat dari generasi X iaitu rakyat Malaysia yang berusia 45 tahun ke atas untuk bertanding dalam program realiti legenda, ‘Kilauan Emas 2024’,sebuah program nyanyian kompetitif yang telah mencungkil banyak bakat otai tempatan terpendam di Malaysia. Setelah hampir 7 tahun menyepi, program ini bakal menemui para pelanggan sekali lagi di Astro bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105), serta strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan sooka.
Program Kilauan Emas kali ini membawakan nafas baharu dengan tema ‘Otai Kembali Berbisa’, membuka ruang dan peluang kepada bakat tempatan otai tempatan untuk mempamerkan bakat terpendam mereka dalam bidang nyanyian. Bakat-bakat yang dipilih juga bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian, namun mempunyai pencapaian dan latar belakang unik masing-masing yang memberikan pelbagai corak warna dalam konsert utama ‘Kilauan Emas 2024’. Musim terbaharu ini mencungkil seramai 12 peserta menerusi sesi uji bakat yang telah dijalankan pada 3 & 4 Ogos di SACC Mall, Shah Alam.
Menurut Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, “Kami sangat teruja untuk membawa ‘Kilauan Emas 2024’ kembali ke Astro untuk para penonton dan peminatnya. Kami sedar ramai rakyat Malaysia berusia 45 tahun ke atas yang berbakat di luar sana yang memerlukan sebuah pentas untuk menonjolkan bakat mereka. Oleh itu, kami berikan platform tersebut untuk mereka bersinar. Selari dengan matlamat kami untuk sentiasa mencipta peluang menerusi program realiti, barisan peserta yang bakal berentap di pentas konsert ‘Kilauan Emas 2024’ kali ini juga mempunyai keunikan mereka tersendiri. Namun istimewanya pada musim terbaharu ini, peserta-peserta ini adalah “unsung hero”dalam penceritaan mereka tersendiri dan ingin menceburi bidang nyanyian dalam peringkat yang lebih tinggi.
Kami percaya pertandingan seumpama ini akan meletakkan perhatian terhadap generasi ini dengan menampilkan mereka sebagai individu yang masih berbakat, selain mempunyai pencapaian yang hebat dalam kehidupan. Daripada seorang seniman jalanan hinggalah kepada seorang bekas anggota tentera, setiap daripada mereka mempunyai kehebatan tersendiri, dan kali ini mereka ingin menunjukkan bakat nyanyian mereka keseluruh dunia. Kami berharap program Kilauan Emas akan membantu meningkatkan keyakinan dan semangat setiap peserta sekaligus memberi inspirasi dan motivasi kepada bakat-bakat tempatan otai yang lain untuk terus mengejar impian mereka,” tambah Norzeha.
Untuk musim terbaharu ini,barisan peserta yang akan bersaing merupakan 12 orang peserta solo yang terdiri daripada warga Malaysia, dari seluruh negeri seperti Sabah, Pulau Pinang,Johor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu, berusia diantara 46 tahun sehingga 68 tahun, iaitu peserta paling senior pada musim ini.
‘Kilauan Emas 2024’ bakal digegarkan dengan penampilan Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas. Bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda, Erra Fazira dan Dato ’Hattan, bersama pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang bakal menyerikan lagi episod-episodnya.
Penerbitan ‘Kilauan Emas 2024’ disinarkan lagi dengan kolaborasi bersama Astro Gempak selaku rakan digital, SINAR dan GEGAR sebagai rakan radio rasmi.
PENJURIAN & TRIVIA ‘KILAUAN EMAS 2024’
1) Persembahan setiap peserta menerusi ‘Kilauan Emas 2024’ akan diadili secara 70%daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.
2) Juara ‘Kilauan Emas’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
3) Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi lamanweb Astro Gempak.
INFO SIARAN ‘KILAUAN EMAS 2024’
‘Kilauan Emas 2024’ akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105). Program ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Diari Kilauan Emas 2024 selama30 minit setiap jumaat bermula 13 September 2024 dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat disaksikan menerusi Kapsul Kilauan Emas 2024 selama 5 minit setiap minggu dari Selasa hingga Khamis,dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Para penonton turut boleh mengikuti perkembangan para peserta dengan lebih lanjut dengan menonton Kapsul Uji Bakat Kilauan Emas 2024 pada 27 hingga 31 Ogos, serta Profil Kilauan Emas 2024 pada 9 dan 10 September menerusi Astro Prima (saluran 105).
Selain itu, Thinker Studio turut membawakan kandungan digital seperti Inspirasi Mini Kilauan Emas, Nostalgia Kilauan Emas dan juga HLive sebagai tontonan tambahan buat para penonton untuk mengimbau kembali sorotan perjalanan program Kilauan Emas musim lalu dan juga perkembangan terkini mengenai peserta musim terbaharu ini.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30%* dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
*Tertakluk pada terma dan syarat.