Kuala Lumpur, 18 Oktober 2024 –Astro mempersembahkan drama bersiri terbaharu, ‘Andai Tiada Dia’, sebuah kisah mengenai konflik alam perkahwinan, mengetengahkan isu-isu melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga dalam melayari alam perkahwinan mereka. Drama bersiri ini bakal bersiaran bermula 21 Oktober, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
‘Andai Tiada Dia’ merupakan naskhah terbaharu terbitan Global Station mengenai kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema untuk mempunyai zuriat, ditambah dengan konflik percintaan terlarang antara adik dan juga abang ipar, serta ketabahan seorang wanita menghadapi pengkhianatan dalam perkahwinan. Naskhah ini juga membawa para penonton menyelami turun naik emosi dalam setiap konflik yang dipaparkan.
Penceritaan drama penuh emosi suka duka menerusi 36 episod ini adalah hasil sentuhan pengarah Riza Baharudin. Drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, “Drama baharu Astro direka untuk menjadi cerminan untuk pelbagai lapisan penonton, terutamanya kepada mereka yang sedang melayari hubungan sesama mereka sendiri, mengimbau pengalaman lalu, atau sekadar ingin tahu mengenai kerumitan hubungan manusia. Matlamat kami adalah untuk mencipta siri yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mencetuskan perbualan yang bermakna mengenai hubungan, pekembangan peribadi dan cabaranyang dihadapi oleh seorang individu dan juga pasangan mereka. Kami percaya bahawa dengan mengetengahkan isu yang rumit ini, kami boleh menawarkan pengalaman menonton yang menyentuh emosi dan merangsang intelektual.”
Pengarah, Riza Baharudin, turut berkongsi, “Kerjasama yang diberikan oleh para pelakon dalam drama ini sangat membantu dalam penghasilan karya yang baik. Setiap dari mereka memainkan watak dengan penuh penghayatan, menjadikan watak yang dibawakan mereka seolah berada dalam situasi sebenar. Kami juga memberi penekanan elemen Syariah dalam drama ini seperti hubungan antara bukan mahram, proses IVF, dan juga tempoh iddah supaya para penonton boleh mengambil ilmu-ilmu ini sebagai panduan seharian mereka kelak. Dengan semua elemen yang diberikan, drama ini pastinya akan menepati cita rasa penonton.”
‘AndaiTiada Dia’ mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak. Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.
Siri drama terbaharu Astro ‘Andai Tiada Dia’ ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
*Tidak termasuk cukai & tertakluk pada terma dan syarat.