ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERBARU UNCLE BOS MAMA’, MEMAPARKAN KISAH SUKA DUKA ‘MAMA INSTANT’
06
September
2024

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERBARU UNCLE BOS MAMA’, MEMAPARKAN KISAH SUKA DUKA ‘MAMA INSTANT’

Kisah ’Romantik Kekeluargaan’ Lakonan Merqeen, Ezzanie Jasny, Yusuf Bahrin Bermula 9 September Ini 

Kuala Lumpur, 6 September 2024 – Astro mempersembahkan ‘UncleBos Mama,’ sebuah karya terbitan IFame yang memaparkan kisah seorang wanita,menjadi bidan terjun sebagai seorang ‘mama instant’ mengharungi hari-hari yang mencabar dalam membesarkan 4 orang anak jagaannya. Siri drama ini bakal bersiaran pada 9 September, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) dan strim menerusi platform On Demand, Astro Go dan sooka.

‘Uncle Bos Mama’ merupakan sebuah siri adaptasi novel romantik kekeluargaan paling laris terbitan Karangkraf pada tahun 2020 dengan judul yang sama, menampilkan ketabahan seorang wanita, isu buli tempat kerja, romantik, dan juga mengetengahkan nilai kasih sayang keluarga. Drama ini memberi penekanan mengenai kasih sayang seorang ‘mama instant’ yang sanggup bersusah payah dalam membesarkan 4 orang anak jagaannya dan dalam masa yang sama harus berdepan dengan masalah ‘majikan dari neraka’ di pejabat sebagai konflik utama dalam naratif.

Penceritaan menerusi 24 episod ini adalah hasil sentuhan sutradara Hadith Omar juga selaku pengarah bagi drama terkenal ‘Imam Instant Ustazah Scammer’. Drama penuh emosi suka duka ini dibintangi oleh barisan pelakon yang sedang miniti di bibir peminat drama tempatan ketika ini termasuk Merqeen (Josh), Ezani Jasny (Fish),Yusuf Bahrin (Haidir), Riz Amin (Shariman), Wan Nur Azlin (Maznah),Eliva Chua (Leona) dan ramai lagi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari,berkata, “suntikan elemen kekeluargaan adalah tulang belakang yang ada pada drama ini, dimana kekuatan seorang wanita menjadi bidan terjun dalam membesarkan 4 orang anak jagaan diberi penekanan sepanjang drama ini berlangsung. Tambahan suntikan elemen ‘bos dari neraka’ yang mengetengahkan hubungan antara pekerja dan majikan dan juga cinta tidak berbalas, menjadi perasa dalam drama ini. Semua elemen yang digambarkan menerusi drama ini adalah elemen yang terjadi dalam kehidupan seharian kita menjadikan ia lebih dekat kepada para penonton, dan boleh dijadikan sebagai teladan.  Drama ini menampilkan pelakon hebat seperti Merqeen dan juga Ezani Jasny, dalam pembawaan watak  semestinya meningkatkan lagi kualiti drama ’UncleBos Mama’ di kaca mata para penonton”.

Pengarah ‘Uncle Bos Mama’, Hadith Omar, berkata “Drama ini banyak memberi mesej pengajaran kepada masyarakat, ia sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan umur dan juga masyarakat. Mesej seperti kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak dan peranan seorang majikan dalam menjalanan tanggungjawab serta menjaga kebajikan pekerja seharusnya diambil oleh masyarakat di luar sana.Walaupun elemen romantik adalah perisa utama drama ini, namun mesej-mesej yang baik ini seharusnya menjadi contoh dan teladan buat kita semua, terutama isu layanan majikan kepada para pekerja.” Saya berharap penonton menikmati naskah ini sebaiknya dan akan lebih menghargai keluarga, dan pekerja mereka selepas menonton drama ini.”

‘Uncle Bos Mama’ bermula dengan Fish, lakonan Ezzanie Jasny yang menjadi bidan terjun sebagai seorang ‘mama instant’, menjaga 4 orang anak yang telah ditinggalkan setelah kematian kakak angkatnya & apabila kakaknya dipenjarakan, dan dalam masa yang sama terpaksa berhadapan konflik ditempat kerja apabila sering dibuli dan mendapat layanan buruk dari majikannyayang ‘digelar bos dari neraka’, Josh lakonan Merqeen, seorang majikan yang keras kepala, baran dan angkuh. Fish selaku pembantu peribadi kepada Josh sering mendapat layanan buruk dan menjadi tempat Josh untuk melepaskan geram. Fokus Fish di tempat kerja mula terganggu apabila pelbagai masalah ditimbulkan oleh anak-anak jagaannya.

Siri drama terbaharu Astro ‘Uncle Bos Mama’ akan mula bersiaran pada 9 September setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, strim di Astro GO dan juga sooka. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #JomUsha #AstroGo #OnDemand.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

*Tertakluk pada terma dan syarat.