Astro Perkenal Misi Skor MPT4, Bantu Murid Tahun 4 Bersedia Menghadapi Peperiksaan Pertama
KUALA LUMPUR, 24 September 2026 – Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, memperkenalkan Misi Skor MPT4, rancangan pendidikan terbaharu yang direka khusus untuk membantu murid Tahun 4 membuat persediaan menghadapi peperiksaan pertama mereka dengan lebih yakin. Menampilkan panduan ulang kaji ringkas menerusi pendekatan yang menarik, mesra kanak-kanak dan mudah diikuti, program ini bertujuan menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan serta membantu murid memahami kehendak soalan dengan lebih jelas.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Astro dalam menyediakan kandungan pendidikan yang menyokong pembelajaran dan perkembangan anak-anak Malaysia. Misi Skor MPT4 mengandungi 22 episod kapsul pendidikan yang merangkumi empat mata pelajaran utama, iaitu Bahasa Melayu, English, Matematik dan Sains. Setiap episod menyediakan tip ulang kaji, contoh soalan serta panduan untuk membantu murid-murid memahami kehendak soalan dan membuat persediaan dengan lebih terperinci.
Program ini menampilkan empat karakter guru animasi yang mewakili setiap mata pelajaran. Menerusi penerangan yang jelas dan contoh yang mudah difahami, mereka membimbing murid-murid menguasai konsep utama serta meningkatkan keyakinan ketika menjawab soalan peperiksaan.
Dengan format kapsul yang ringkas, murid-murid boleh mengikuti setiap topik tanpa rasa terbeban serta dapat mengulang kaji mengikut keselesaan dan keperluan masing-masing. Pendekatan ini menjadikan proses ulang kaji lebih santai dan menyeronokkan bagi murid-murid sekolah rendah.
Saksikan kesemua episod Misi Skor MPT4 menerusi On Demand, atau strim melalui Astro GO dan Sooka di saluran Astro Tutor TV (Saluran 603) untuk pilihan tontonan yang lebih fleksibel.
Langgan Pek Entertainment Astro X3 serendah RM39.99/sebulan (RRP: RM59.99/sebulan) dan strim serta-merta tanpa dekoder atau pemasangan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838 untuk melanggan hari ini.
Jom bersedia bersama-sama!