Astro Santuni Warga Pusat Jagaan Mahmudah, Angkat Tema Drama ‘Pengorbanan Kerana Cinta’
24
March
2025

Astro Santuni Warga Pusat Jagaan Mahmudah, Angkat Tema Drama ‘Pengorbanan Kerana Cinta’

Kuala Lumpur, 24 Mac 2025 – Astro selaku peneraju industri hiburan di Malaysia menerusi stesen radio Zayan telah menganjurkan program berbuka puasa bersama warga emas Pusat Jagaan Mahmudah, dan ‘Zayan Kongsi Rezeki’ dengan mengagihkan sebanyak 1500 pek bubur lambuk kepada penghuni pusat jagaan dan masyarakat setempat di sekitar Pusat Jagaan Warga Emas Mahmudah, Semenyih. 

Program yang dijalankan ini menampilkan barisan selebriti terdiri dari penyampai radio Zayan, Duta RaRa Astro, Astro Awani dan juga para pelakon dari siri drama ‘Seribu Tahun’ dan juga ‘Honey Minta Maaf’.  Antara selebriti yang hadir menyantuni warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah dan juga masyarakat setempat seperti Zizan Razak, Hun Haqeem, Anna Jobling, Alif Satar, Faizal Ismail, Nana Mahazan, Lin Ariffin, Anas Tahir dan Farhira. Selain itu, turut hadir memeriahkan program adalah penyampai dari stesen Hitz, Ili, stesen Mix, Hani dan juga stesen Lite, Leya.

Untuk program ini, Astro telah mengangkat tema “Pengorbanan Kerana Cinta” membawakan drama premium yang lebih dari sekadar hiburan, mencetuskan perbualan, menggalakkan muhasabah diri, dan mengeratkan lagi komuniti menerusi Dramavaganza. Dengan menjalinkan ‘Seribu Tahun’ dalam bulan mulia ini menerusi kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan, Astro memastikan peranan mereka melebihi dari sekadar tontonan skrin, menjadi pemangkin untuk renungan yang lebih mendalam dan pengabadian diri. 

Lebih dari sekadar penceritaan drama, Astro membawakan semangat pengorbanan melalui cara berikut, Muhasabah Diri – ‘Seribu Tahun’ mendorong penonton untuk merenung kembali pengorbanan mereka kerana cinta, memupuk perbincangan melangkaui hiburan, Menggalakkan Perbincangan Umum – Melalui ‘Seribu Tahun’, Astro mewujudkan platform untuk masyarakat Malaysia berkongsi pengalaman mereka, memperkukuh nilai-nilai ketaqwaan dan ketabahan, Menghormati Pengorbanan Sejati – Satu inisiatif menyoroti pengorbanan para penjaga pusat jagaan, menyambungkan antara fiksyen dan realiti dalam bulan Ramadan.

Para selebriti turut dibawa melawat penghuni pusat jagaan dan melihat fasiliti yang disediakan untuk kegunaan mereka. Sumbangan 1500 pek bubur lambuk adalah salah satu dari aktiviti Khidmat Tanggungjawab Sosial Korporat Astro (ESG) dengan kerjasama rakan strategik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd selaku penaja. Adabi juga turut menyumbangkan bantuan berupa ‘Bakul Ceria Adabi’ yang mengandungi pelbagai barangan kegunaan masakan untuk kegunaan pusat jagaan dan juga sumbangan duit raya.

Menurut Wan Syahrul Amry Wan Mansor, Pengurus Jenama, Zayan, berkata, “bersempena bulan Ramadan yang mulia ini Astro terpanggil untuk menyantuni warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah kerana mereka sangat memerlukan perhatian dan sokongan dari kita untuk kekal ceria dan bersemangat demi meneruskan kehidupan, juga memberi mereka sinar harapan baru menjelang Syawal nanti. Selain itu, kami juga terpanggil untuk berkongsi rezeki kepada orang ramai, seiring dengan tuntutan bulan Ramadan yang mulia ini dengan berbanyakkan ibadah sedekah. Kami juga membawakan barisan selebriti ternama bagi memeriahkan lagi suasana sekaligus menghiburkan kesemua warga di Pusat Jagaan Mahmudah ini.”

Muhammad Syafiq Mohaidin, Setiausaha Kebajikan Mahmudah Malaysia, berkata, “Pusat Kebajikan Percuma seperti Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia sangat memerlukan bantuan dan perhatian dari semua pihak kerana yang dijaga adalah Rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Jadi inilah Cara bagaimana pihak media dan hiburan membantu pusat kebajikan seperti di Mahmudah”.

Seramai 30 orang sukarelawan terdiri dari pelajar Universti Kebangsaan Malaysia turut serta mengambil bahagian dalam menyediakan juadah bubur lambuk bersama dengan wakil Zayan dan juga wakil dari Pusat Jagaan Mahmudah. Mereka telah bergotong royong untuk menyediakan hidangan bubur lambuk ayam dan daging seawal jam 9.00 pagi, dan mula diagihkan kepada orang ramai bermula jam 4.30 petang bagi persiapan mereka untuk berbuka puasa. 

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

*Tertakluk pada terma dan syarat.