Astro Terus Martabatkan Kisah Lagenda Tempatan Dengan Mempersembahkan ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’
31
October
2025

Astro Terus Martabatkan Kisah Lagenda Tempatan Dengan Mempersembahkan ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’

Siri terbaharu ‘Hikayat’ menelusuri kisah kehilangan, keberanian dan takdir

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2025 – Astro, selaku peneraju industri hiburan di Malaysia, akan mempersembahkan siri terbaharu di bawah francais ‘Hikayat’, iaitu kisah lagenda popular yang penuh magis dan misteri – ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’. Siri enam episod ini bakal bersiaran bermula 14 November, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Prima (saluran 105).

Judul terbaharu di bawah francais ‘Hikayat’ ini adalah hasil arahan sutradara Shamyl Othman dan diterbitkan oleh Red Communications Sdn Bhd. Seperti karya sebelum ini, ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’ telah diolah semula mengikut kesesuaian tontonan masa kini, dengan penambahan sentuhan elemen visual moden bagi memberikan pengalaman tontonan terbaik untuk seisi keluarga.

Dengan pembaharuan jalan cerita yang lebih segar, penuh nilai tauladan, dan sesuai untuk tontonan  seisi keluarga, siri ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Diana Danielle, Alif Satar, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Niezam Zaidi, Ezzanie Jasny, Arabella Ellen, Fimie Don serta bintang generasi baharu seperti Qisya Hairulzain dan Mikael Noah. Turut menghiasi siri ini adalah runut bunyi ‘Hikayat Arjuni’ yang didendangkan oleh Amsyar Leee.

Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, “Di Astro, kami faham betapa pentingnya bagi generasi akan datang untuk terus mengenali dan menghargai budaya serta cerita tempatan kita. Menerusi francais ‘Hikayat’, matlamat kami adalah untuk meraikan warisan Malaysia yang kaya dengan kisah dongeng tradisional, dan menghidupkan semula cerita-cerita ini melalui lakonan semula oleh bakat tempatan yang hebat. Disampaikan dalam format berkualiti tinggi, diperkaya dengan kesan visual khas, dan sarat dengan nilai murni, kisah-kisah ini sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. Kami komited untuk meneruskan usaha ini dan berharap dapat memperluaskan lagi francais ‘Hikayat’ agar kisah-kisah klasik ini dapat didokumentasikan sebagai khazanah untuk generasi akan datang.”

‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’ mengisahkan nasib malang yang menimpa keluarga Mak Tanjung (lakonan Diana Danielle), apabila suaminya, Pak Kantan (lakonan Alif Satar), terkorban kerana lemas  semasa memancing. Kejadian itu menyebabkan Mak Tanjung dan dua anaknya, Melur (lakonan Arabella Ellen) dan Pekan (lakonan Fimie Don), hidup dalam kesusahan. Terdesak, Mak Tanjung mencari berlian berdekatan kawasan Batu Belah Batu Bertangkup untuk menyara hidup, namun batu berpuaka itu telah menelannya. Melur dan Pekan kemudian terpaksa meninggalkan kampung dan mengembara untuk mencari jalan membebaskan ibu mereka daripada kuasa jahat batu tersebut.

Para penonton boleh menyaksikan siri ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’ bermula 14 November, setiap Jumaat jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611) dan juga Astro Prima (saluran 105), serta strim melalui On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

*Tidak termasuk cukai & tertakluk pada terma dan syarat.