KUALALUMPUR, 3 NOVEMBER 2025– THR GEGAR sekali lagi mencetus fenomena dengan penganjuran BudiRock THR GEGAR, sebuah pertandingan nyanyian lagu-lagu bergenre rock yang mendapat sambutan hangat daripada peminat muzik tanah air. Pertandingan ini telah membuka penyertaan bermula minggu pertama Oktober hingga minggu keempat Oktober2025, di mana peserta diminta menghantar video nyanyian karaoke (karok) mereka di media sosial menggunakan tanda pagar #BudiRockTHRGegar.
Daripadaratusan penyertaan kreatif yang diterima, tiga peserta terbaik telah dipilih untuk mara ke peringkat akhir (Finale) yang berlangsung secara langsung di Astro Bukit Jalil dan disiarkan Live di TikTok THR GEGAR. Finale ini menyaksikan persembahan mantap daripada tiga finalis berbakat:
Juara: Zuhairah Amanina Farhanah binti Mohamad Faudzi – RM500
Saguhati: MHD Mirzat – RM250
Saguhati: Mohd Rahaizatullah – RM250

Persembahan para finalis dinilai oleh dua ikon muzik rock tanah air, Eddie Hamid dan Shidi Data, yang memberikan sentuhan profesional dalam penjurian. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Kumpulan Castle dan Shidi Data, menjadikan finale penuh dengan aura rock yang menggegarkan!
Pengurus Jenama THR GEGAR, Eman Zaki berkata pertandingan seumpama ini adalah antara elemen penting untukmengeratkan hubungan antara THR GEGAR dan pendengar setia kami, khususnya dari Pantai Timur. Kami percaya muzik bukan sekadar hiburan, tetapi satu medium untuk menyatukan komuniti. BudiRock bukan sahaja meraikan bakat baharu, malah mengangkat semula semangat rock yang sentiasa dekat di hati pendengar kami.
“THR GEGAR mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada peminat yang terus menyokong muzik rock tempatan. Nantikan lebih banyak aktiviti menarik daripada THR GEGAR pada masa akan datang,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial rasmi THR GEGAR atau muat naik aplikasi THR GEGAR di App Store, Google Store dan Huawei App Gallery.


%201.png)

