‘ERA DIGITAL MUZIK AWARDS (EDMA) 2020’ MENGUMUMKAN PEMENANG DI NORMA BAHARU
‘ERA DIGITAL MUZIK AWARDS (EDMA) 2020’ MENGUMUMKAN PEMENANG DI NORMA BAHARU
27
January
2021

‘ERA DIGITAL MUZIK AWARDS (EDMA) 2020’ MENGUMUMKAN PEMENANG DI NORMA BAHARU

MENGENAI ‘EDMA 2020’

Malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 anjuran jenama radio ERA, dan dibawakan oleh SYOK, mengumumkan pemenang-pemenang EDMA 2020 secara digital bagi enam buah kategori:

  • Azzam Sham – ‘Artis Baru Baek’
  • Sembah : Naim Daniel & Man Kidal – ‘Lagu Featuring Hit’
  • Peluang Kedua : Nabila Razali & MK – ‘Lagu Viral Onz’
  • Azzam Troopers – ‘Fan Club Paling Ngam’
  • MK KClique – ‘Artis Norma Baharu’
  • Soloz – ‘Influencer PKP ERA’

Dihoskan oleh Danial, Radin (dari segmen ERA D’Boyz) dan Isha (dari segmen Gempak Hit ERA), juga merupakan personaliti baharu ERA, pentas digital EDMA 2020 telah dihangatkan dengan persembahan mantap dan bertenaga daripada penyanyi-penyanyi terhebat tanah air seperti Shiha Zikir, dengan lagu terkenal AEWO; Neeta Manishaa, lagu bertajuk Hanya Mimpi; gabungan suara Harith Zazman, Loca B dan Tuju, membawakan dua buah lagu bertajuk Cute dan Tak Tahu; juga turut dihiburkan dengan persembahan daripada Yonny Boi, Asyraf Nasir, dan Azzam Sham.

Undian EDMA 2020 telah dibuka kepada para peminat pada 28 Disember hingga 18 Januari, menerusi laman rasmi ERA dan peminat telah diberi seratus peratus kuasa untuk memilih pemenang pada setiap kategori yang dipertandingkan.

EDMA 2020 telah distrim secara langsung menerusi YouTube, Facebook Live, dan Instagram ERA, juga dapat disaksikan menerusi Facebook Live Astro Gempak.

ULASAN ERMAN ZAKI, PENGURUS KANDUNGAN ERA

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peminat atas undian dan sokongan mereka untuk EDMA 2020. Kami berharap peminat dapat menikmati anugerah dan turut terhibur dengan persembahan semasa mereka selamat berada di rumah ketika pendemik ini. Peminat boleh terus mengikuti kami di YouTube dan platform sosial kami yang lain untuk mendapatkan maklumat yang lebih menarik.”