‘ERA-fluencer’, pertandingan mencari bakat digital baharu mengumumkan juara pertandingan, menerusi penyertaan yang dijalankan dari 6 hingga 13 Disember, di Instagram dan TikTok ERA.
Setelah menjalani cabaran dan tugasan selama dua minggu, Afif Hafizuddin (32 tahun) dinobatkan sebagai juara ‘ERA-fluencer’, dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2000, produk Win-Win serta menerima kontrak bersama pasukan digital ERA.
Empat finalis lain: Ashraf Chan (20 tahun), Hilmi (31 tahun), Nura Ezzatie (28 tahun) dan Sofwan Roos (28 tahun), masing-masing menerima hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM500.
Kesemua finalis akhir juga diuji dengan kemahiran dan bakat dalam bidang pengacaraan, penghasilan video serta penyuntingan kandungan digital yang boleh disaksikan di laman media sosial ERA.
Penjurian akhir ‘ERA-fluencer’ turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Floor 88, kumpulan muzik tempatan yang disaksikan secara langsung pada 29 Disember menerusi Facebook dan YouTube Live ERA.
Untuk maklumat lanjut, layari era.je atau ikuti ERA di platform media sosial.