KUALALUMPUR 8 Jun 2025 –ERA, jenama radio nombor satu negara, terus membuktikan keunggulannya dalam dunia penyiaran apabila berjaya mencipta sejarah sebagai radio Malaysia pertama yang bersiaran secara langsung dari dalam kawasan stadium berprestij, OldTrafford rumah kepada kelab bola sepak legenda, Manchester United.
Pada Sabtu, 7 Jun 2025, bermula jam 10 pagi waktu Malaysia, empat figura popular ERA iaitu Safee Sali, Pak Azad, Fazziq dan Radin akan mengemudi segmen istimewa yang disiarkan terus dari dalam stadium Old Trafford, sempena acara berprofiltinggi – Influencer Friendly Match anjuran eFootball.
Acara ini bukan sekadar simbolik kepada penyatuan peminat bola sepak rantau ini,malah memperlihatkan kehadiran wakil Malaysia yang dibarisi nama-nama besardalam industri hiburan dan sukan tanah air.
Team Safee Sali vs Team Atep
Perlawananpersahabatan ini mempertemukan dua pasukan:
• Team Safee Sali mewakili Malaysia,
• Team Atep, diketuai oleh bekas pemainkebangsaan Indonesia, mewakili Indonesia.
Menariknya,Team Safee Sali bukan sahaja diterajui oleh legenda bola sepak Malaysia SafeeSali, tetapi turut disertai oleh influencer eFootball Malaysia, penyampai radio ERA, dan seorang pemenang bertuah dari peraduan anjuran ERA, yang dipilih khasuntuk menyertai pengalaman eksklusif ini.
Pengurus Jenama ERA Azah Zahrin,berkata kejayaan ini adalah satu titik penting dalam landskap radio Malaysia.
“Kami di ERA amat berbangga kerana menjadi stesen radio Malaysia pertama yang bersiaran dari Old Trafford. Ini bukan sekadar siaran radio – ini adalah momen bersejarah yang menandakan ERA sentiasa berada di hadapan dalam menawarkan kandungan unik dan eksklusif buat pendengar kami. Ia bukti komitmen kami untukterus melangkaui batasan geografi demi memberikan pengalaman terbaik.”
Rakaman Ikonik & Akses Eksklusif di Old Trafford
Sebelum perlawanan bermula, kru ERA turut berpeluang untuk menjalani stadium tour eksklusif di Old Trafford merasai sendiri pengalaman berada di lorong pemain,bilik persalinan, dan berjalan di atas padang yang pernah menjadi medan perlawanan epik dunia bola sepak.
Tambah Azah, rakaman untuk siaran khas ERA ini dilakukan dalam kawasan stadium sebagai sebahagian daripada lawatan ini, menjadikan ERA sebagai stesen radio Malaysia pertama yang menjalankan rakaman dan penyiaran kandungan dari dalam kawasanpadang stadium Old Trafford itu sendiri.
Peluang keemasan ini tidak hanya memberi kenangan seumur hidup kepada penyampai, malah membuka ruang kepada pendengar untuk menyaksikan sisi eksklusif yang jarang dikongsi oleh mana-mana media tempatan.
Untuk aktiviti, program dan acara terkini boleh layari laman sosial rasmi ERA.