ERA memperkenalkan segmen baharu ‘3 Pagi ERA’, ‘101 ERA’ dan ‘Daebak ERA’ bersama personaliti baharu bermula 18 Julai
18
July
2022

ERA memperkenalkan segmen baharu ‘3 Pagi ERA’, ‘101 ERA’ dan ‘Daebak ERA’ bersama personaliti baharu bermula 18 Julai

Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK

Para peminat ERA, jenama radio No. 1 di Malaysia, boleh menantikan barisan personaliti baharu dengan pengisian-pengisian terkini dan terus berhibur dengan segmen-segmen terbaik di ERA mulai 18 Julai ini, setiap Isnin hingga Jumaat, di udara dan juga di aplikasi SYOK.

Gandingan Personaliti Baharu dan Pengisian Terkini di ERA

Segmen pagi baharu ‘3 Pagi ERA’, jam 6 hingga 10 pagi, akan menampilkan Nabil, Azad dan Radin, gandingan 3 jejaka versatil yang bakal menemani peminat. ‘3 Pagi ERA’ akan merangkumi perbincangan topik semasa, interaksi bersama peminat dan tawa jenaka dengan pengisian baharu, termasuk:

  • Lagu Berantai: Permainan menyanyikan rangkap lagu bersama peminat dengan menggunakan perkataan yang diberikan.
  • Flex Jap: Ruang bebas untuk peminat berkongsi cerita tentang pencapaian yang dimiliki dari segi kehidupan, kerjaya dan perniagaan yang dijalankan.
  • CeKePi: Sketsa perbincangan isu-isu tular di media sosial yang dilakonkan dengan konsep di kedai makan oleh personaliti ERA.
  • Sembang: Peminat boleh membuat panggilan untuk berinteraksi dan berkongsi aktiviti harian.
  • Lu Pikir: Pandangan dan nasihat tentang perkara sekeliling dikongsikan oleh Nabil.

Di segmen baharu ‘101 ERA’ pula, jam 4 petang hingga 8 malam, keserasian gandingan hebat personaliti radio Haniff dan Ray akan tampil dengan interaksi bersama peminat dengan perbincangan yang informatif. Pengisian terkini di ‘101 ERA’ merangkumi:

  • Topik: Haniff dan Ray akan mengulas topik menarik dan pendengar boleh membuat panggilan untuk berkongsi pendapat.
  • Teacher Teacher: Ray akan mempelajari perkataan Inggeris dan maksud di sebalik perkataan yang diberikan oleh Haniff.
  • Lirik Petik, setiap Jumaat: Haniff dan Ray akan menjemput pemanggil bermain permainan untuk mencipta lagu dengan menggunakan perkataan yang di ‘petik’.

Di waktu malam pula, peminat ERA boleh menantikan kehadiran Fazziq Muqris, personaliti baharu ERA, bergandingan bersama Munaa Bella dalam segmen ‘Daebak ERA’, jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Munaa dan Fazziq akan menceriakan waktu malam peminat dengan:

  • Hanguko: Munaa akan berkongsi perkataan Korea.
  • Pentas Daebak: Peminat dapat berhibur dengan lagu dari artis-artis baharu.
  • Top 20: Lagu-lagu undian peminat dimainkan di aplikasi SYOK.
  • TikTok 10 ERA, setiap Jumaat: Peminat boleh mendengarkan lagu-lagu carta teratas TikTok.

Terus Berhibur Dengan Pengisian-Pengisian Terbaik di ERA

Selain itu, pada hari Isnin hingga Jumaat, peminat boleh terus berhibur dengan segmen:

‘Port-ERA’ bersama Danial Zaini, dari jam 10 pagi hingga 1 petang dengan:

  • W-O-N-T (What’s On The News Today) di mana Danial membawa watak ‘Bro Paprik’ dan berkongsi cerita-cerita semasa yang tular.
  • FYE (For Your Eye) di mana peminat boleh berkongsi topik-topik perbualan di media sosial dengan tanda pagar #FYE dan topik terbaik akan dikongsikan oleh Danial.

‘Gempak Hit ERA’ bersama Isha Norsham, dari jam 1 hingga 4 petang, di mana Isha akan menemani peminat dengan topik perbualan menarik merangkumi hiburan, cerita artis tempatan dan luar negara,  berita sukan dan isu-isu tular di media sosial yang diterbitkan oleh portal Astro Gempak. Peminat juga berpeluang membuat permintaan lagu menerusi Instagram ERA.

Pada hujung minggu pula, semua peminat boleh menghitung kedudukan lagu terbaik dalam ‘Carta ERA 40’ dan berhibur dengan segmen-segmen menarik seperti ‘The best of 3 Pagi ERA’, ulangan babak-babak terbaik; ‘Hallyu ERA’, pilihan 10 lagu terbaik Korea dari permintaan pendengar; ‘Flow ERA’, lagu-lagu bergenre Hip Hop & Rap dari artis tempatan dan luar negara; serta ‘Non Stop ERA’, putaran lagu-lagu popular tanpa henti.

Untuk maklumat lanjut, layari www.era.je atau ikuti ERA di platform media sosial.

Ulasan daripada Hani Fadzil, Pengurus Kandungan ERA

“Kami teruja untuk memperkenalkan ERA terkini dan diperbaharui buat pendengar, dengan segmen baharu 3 Pagi ERA bersama Nabil, Azad dan Radin, 101 ERA bersama Haniff dan Ray, serta Daebak ERA bersama personaliti baharu, Fazziq dan suara yang dikenali ramai, Munaa Bella. Melalui pembaharuan yang ditampilkan ini, kami teruja menyajikan pengisian relevan dan pelbagai buat 2.9 juta pendengar mingguan kami. Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan mereka yang menakjubkan serta berterusan dan berharap mereka menikmati pengisian terkini di ERA.”