ERA Perkenalkan Barisan Penyampai Baharu untuk Tahun Ini
13
January
2026

ERA Perkenalkan Barisan Penyampai Baharu untuk Tahun Ini

KUALA LUMPUR 12 JANUARI 2026 – ERA, stesen radio nombor satu paling legit, mengumumkan barisan penyampai baharu yang lebih segar dan dinamik bagi memberikan kelainan kepada pendengar setia. Menurut Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, langkah ini adalah sebahagian daripada strategi ERA untuk terus relevan, khususnya kepada golongan muda dan remaja.

 "Kami mahu membawa wajah-wajah baharu yang lebih segar untuk memberikan kelainan kepada line-up penyampai ERA. Pertukaran ini bukan sahaja memberi peluang kepada bakat baharu, tetapi juga menonjolkan potensi mereka," kata Azah.

Antara perubahan menarik termasuk kembalinya format tiga penyampai untuk slot Petang ERA selepas sekian lama hanya menampilkan dua orang. Slot itu menampilkan Haziq dan Munabella bergandingandengan Der. Selain itu, gandingan Ashhrapp dan Syasha yang sudah lama tidak berdua kini kembali bersama untuk slot Malam Chill ERA,menjadikan ERA satu-satunya stesen radio yang mengekalkan konsep dua penyampai untuk segmen malam.

Lebih menarik, Der dan Ashhrapp mula bertugas secara rasmi mulai hari ini, menandakan permulaan baharu yang penuh semangat untuk ERA dan pendengar setia.

Segmen 3 Pagi ERA pula akan terus kekal bersama trio popular Nabil, Pak Azad dan Radin, manakala segmen ERAthon masih diterajui oleh Fazziq Muqris. Sementara itu, peminat muzik akan terus menikmati Gempak Hit ERA yang kekal bersama Isha Norsham.

Bagi hujung minggu, ERA akan terus menampilkan variasi dengan penyampai sambilan dan finalis Penyampai Baharu ERA (PBE). Kecuali Aqil,yang akan mengendalikan segmen Malam Minggu ERA setiap Sabtu dari jam 8malam hingga 11 malam.

Azah menegaskan, "Ini adalah strategi ERA untuk memastikan kami kekal relevan dan dekat dengan pendengar muda. Kami percaya perubahan ini akan memberikan pengalaman mendengar yang lebih segar dan menyeronokkan."

Beliau turut menambah, "Masa depan ERA adalah tentang inovasi dan keterhubungan. Kami bukan sahaja mahu menjadi stesen radio yang menghiburkan, tetapi juga platform yang membina komuniti. Dengan teknologi digital, media sosial, dan kandungan kreatif, ERA akan terus berevolusi untuk memenuhi gaya hidup pendengar. Kami akan terus melahirkan bakat baharu,memperkukuh interaksi dengan peminat, dan memastikan ERA menjadi pilihan utama generasi muda."

ERA ialah sebahagian daripada 13 rangkaian di bawah Astro Audio. Sebagai stesen radio berbahasa Melayu, ERA menampilkan lagu-lagu popular, hits terkini dan menjadi pilihan utama pendengar, menjadikannya stesen radio nombor 1 di Malaysia.

Dengan hampir 6 juta pengikut di media sosial, ERA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama Muzik Hit Terkini. Selain mendengar melalui frekuensi radio, orang ramai boleh mengikuti ERA di platform media sosial rasmi atau memuat turun aplikasi ERA melalui App Store, Play Store dan Huawei AppGallery.

ERA – Muzik Hit Terkini.