ERA Umum Final Pencarian Penyampai Baharu
21
November
2025

ERA Umum Final Pencarian Penyampai Baharu

KUALA LUMPUR,20 NOVEMBER 2025 – ERA mengumumkan keputusan akhir bagi PencarianPenyampai Baharu ERA 2025, sebuah inisiatif untuk mencari bakat muda yangberpotensi menjadi pelapis dalam industri penyiaran radio. Program ini telahmenarik perhatian ramai dan menjadi platform penting untuk mencungkil bakatbaharu.

Acara kemuncak berlangsung di The Agam, Penchala, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TikTok rasmi ERA bermula jam 8.30 malam, membolehkan peminat mengikuti detik penuh debaran secara real-time.

Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin berkata sepanjang pencarian ini ERA telah memberi satu suntikan baharu kepada industri penyiaran radio untuk mencari pelapis terutama dalam kalangan anak muda agar ERA terus kekal relevan dan diminati ramai.

“Kami percaya usaha ini bukan sahaja mencungkil bakat, tetapi juga membentuk generasi baharu penyampai radio yang mampu membawa idea segar dan gaya penyampaian yang lebih dekat dengan pendengar masa kini.”

“Selama hampir dua minggu, para peserta telah melalui pelbagai cabaran dan ujian yang direkauntuk menguji kemampuan mereka sebagai seorang penyampai radio profesional.Antara ujian termasuk persediaan topik sebelum tampil on air di konti radio,sesi temuramah bersama artis tempatan, serta tugasan kreatif menghasilkan video untuk media sosial rasmi ERA. Semua ini bertujuan memberi pendedahan sebenar tentang dunia penyiaran radio, termasuk kerja-kerja di belakang tabir yang sering tidak disedari oleh orang ramai.”

Azah turut menekankan bahawa walaupun hanya seorang juara dipilih, lima peserta terbaik(Top 5) turut ditawarkan kontrak kerja bersama ERA, sebagai usaha untukmemastikan bakat baharu terus berkembang dalam industri.

“Kami mahu mereka bukan sahaja menjadi penyampai radio berkaliber, tetapi juga inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk terus mengejar impian mereka.”

Senarai Pemenang Pencarian Penyampai Baharu ERA:

Juara – (Der)Nur Assyifa Farhana Pawzi 24 tahun

Hadiah: WangTunai RM3,000 + Trofi

Naib Juara – (Ashrapp)Ahmad Asyraf  Kamaruzzaman 28 tahun

Hadiah: WangTunai RM2,000

Tempat Ketiga– (Aqil Aqasha) Muhammad Aqil Shahrizl Aqasha Aleyasak 20 Tahun

Hadiah: WangTunai RM1,000

Saguhati – (ZeeraAzizi) Nurazeera Azizi 29 tahun

Hadiah: WangTunai RM500

Saguhati – (Naja)Naja Nabihah Zulkeflee 25 tahun

Hadiah: WangTunai RM500

Saguhati –  (Edelyn) Edelyn Natasha Binti Nor EzielAzram 21 Tahun

Hadiah: WangTunai RM300

Saguhati – (HarezkYol) Muhammad Hariz Daniel Bin Mohd Sharel Azlee 23 tahun

Hadiah: WangTunai RM300

Program ini bukan sahaja mencungkil bakat baharu, tetapi juga memberi pendedahan kepada peserta tentang dunia sebenar penyiaran radio. ERA percaya usaha ini akan memastikan industri radio terus berkembang dan kekal relevan.

Untuk maklumatlanjut, sila layari era.je atau ikuti ERA di platform rasmi media sosial serta muat turun aplikasi ERA di App Store, Play Store dan Huawei AppGallery.