KUALA LUMPUR 11 MAC 2025 – Stesen radio ZAYAN dan ERA menganjurkan Majlis Iftar di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada 11 Mac 2025 bermula jam 6 petang. Kira-kira 200 jemaah hadir memeriahkan majlis itu. Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya sesi perkongsiaan Ramadan, Jamuan Berbuka Puasa dan Solat Maghrib, Isyak serta Terawih secara berjemaah.
Pengurus Jenama Zayan Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata majlis IFTAR ini antara pengisian terbaik untuk eratkan ukhwah serta hubungan mesra antara penyampai ZAYAN dan ERA terutama sekali di bulan Ramadan. Dengan kesempatan ini juga, pendengar setia kami dapat bertemu secara dekat sambil beribadah bersama-sama.
“Personaliti daripada ZAYAN dan ERA hadir ke majlis ini antaranya Faisal Ismail, Nana Mahzan, Lin Ariffi n, Anas Tahir, Farhira, Haziq Hussni, Shahsa, Isha Norsham, Fazziq, Munabella, Syazwan dan Safee Sali. Kehadiran mereka ini amat bermakna untuk pendengar setia kami yang mungkin selama ini hanya mendengar suara mereka di corong-corong radio sahaja.
“Ini kesempatan yang amat baik, pendengar dapat mengenali mereka dengan lebih dekat dan mereka boleh bertanyakan apa jua soalan mengenai kerjaya mereka. Ia sekaligus boleh memberikan suntikan semangat kepada pendengar terutama kepada anak-anak muda yang mungkin berminat untuk menjadikan karier penyampai radio sebagai cita-cita mereka.
“Apa-apa pun ucapan ribuan terima kasih kepada penaja lokasi kami kerana memberi keizinan untuk menganjurkan Majlis Iftar ini iaitu Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih juga didedikasikan kepada petugas masjid ini juga kerana turut sama membantu dan menjayakan majlis ini dengan jayanya. Kepada semua personaliti ZAYAN dan ERA, kesediaan mereka untuk meluangkan masa untuk majlis ini amat saya hargai dan diharapkan dimasa akan datang majlis seumpama ini dapat diteruskan,” akhirnya.
Untuk berita, aktiviti dan perkembangan terkini sila layari laman sosial rasmi ZAYAN dan ERA.