Melihatkepada keadaan semasa negara yang masih di dalam fasa Perintah KawalanPergerakan (PKP), Astro sebagai sebuah stesen penyiaran utama negara perlubertindak kreatif dan inovatif dalam menampilkan sajian kandungan yang luardari kebiasaannya kepada penonton. Justeru, saluran kanak-kanak nombor 1negara, Astro Ceria mengambilinisiatif memperkenalkan, ‘Ceria OnlineStar’, sebuah program realiti maya atau digital yang bakal mempersembahkananeka bakat dan ragam kanak-kanak dalam mempamerkan kebolehan masing-masing.
Setiappeserta akan dinilai secara atas talian oleh dua orang juri profesional; penyanyipopular, Ernie Zakri dan selebriti versatil,Mark Adam. Program istimewa ini akanbersiaran untuk tiga hari berturut-turutdi saluran Astro Ceria (631) dan CeriaHD (611) pada 15, 16, dan 17 April2020, jam 7.00 petang! Untukpilihan lebih fleksibel, program Ceria Online Star ini juga boleh distrimmelalui Astro GO dan on demand.
Ketua Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong berkata, “Selaku peneraju utama kandungan hiburan kanak-kanakdi Malaysia, Astro Ceria sentiasa berusaha untuk menerbitkan program-programyang mengujakan dan bermanfaat buat seisi keluarga.
Selari dengan saranan kerajaan untuk menangguhkanproduksi program hiburan di studio yang melibatkan ramai orang, Astro Ceria kaliini membawakan ‘studio’ kami ke rumah peserta masing-masing dengan programrealiti maya terbaharu, ‘Ceria Online Star’.
Program ini boleh dilihat sebagai pembuka langkahinovatif ke arah norma baharu industri hiburan, di mana sesi ujibakat,persembahan, penjurian dan penentuan pemenang semuanya di buat secara atastalian. Kami percaya, dengan inisiatif ini, anak-anak boleh menggunakan akaunmedia sosial masing-masing dengan lebih bermanfaat dan produktif, di sampingmengasah bakat dalam bidang nyanyian, lakonan dan sebagainya, bagi membantu meningkatkantahap keyakinan mereka.”
Sesi ujibakatbagi program ‘Ceria Online Star’ menerusi laman media sosial, Instagram yang berlangsung dari 1- 6April lalu telah menerima lebih dari 900penyertaan. Hanya 20 penyertaan yang terbaik akan dinilai 100 peratus oleh kedua-duajuri, Ernie Zakri dan Mark Adam.
Terdapat tigaaspek penilaianyang diambil kirauntuk mara ke peringkat seterusnyaiaitu Persembahan Bakat (40%),Kreativiti (30%) dan Faktor Wow (30%).Peserta Top 20 ini juga boleh memenangi ‘AnugerahPilihan Penonton’, yang akan diadili oleh audiens berdasarkan bilangantanda ‘Suka’ pada video setiap peserta yang dimuatnaik ke laman Instagram AstroCeria.
Pemenang bagiprogram tiga episod istimewa ini akan menerima wang tunai sejumlah RM3,000 (Juara), RM 1,500 (Naib Juara) dan RM1,000 bagi tempat ketiga. Pemenang‘Anugerah Pilihan Penonton’ pula akan menerima hadiah kemenangan sebanyak RM500.
Ikutiperkembangan terkini Ceria Online Star menerusi laman web, Facebook dan Instagram rasmi AstroCeria, serta melalui tanda pagar #CeriaOnlineStar.