Fenomena Projek High Council kini tiba di aplikasi sooka
26
June
2023

Fenomena Projek High Council kini tiba di aplikasi sooka

Saksikan Naim, Kahar dan Fakhri berentap sebagai kapla sooka dan nikmati trial pelan Entertainment percuma selama 7 hari

Kuala Lumpur, 26 Jun 2023 –  Siri yang menggegarkan Malaysia, Projek High Council (PHC) kini boleh distrim di aplikasi sooka pada setiap Isnin, bermula pada 22 Mei 2023. Penggemar siri ini boleh melanggan pelan serendah RM15.90 sebulan (Entertainment) tanpa sebarang kontrak untuk menonton siri ini, di samping pelbagai drama, program realiti, dan aksi sukan LIVE tempatan dan antarabangsa sesuai dengan citarasa pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan millenial.

Projek High Council diangkat daripada ‘kisah benar’ yang berlaku di dalam kehidupan pelajar asrama dan mengetengahkan isu semasa di sekolah, seperti kegiatan buli, masalah depresi, dan isu kekeluargaan.  Siri ini mengisahkan perjalanan hidup anak-anak Ismet (Azhar Sulaiman) – Fakhri (Mierul Aiman) dan Naim (Nadhir Nasar) dalam mengubah tradisi di Kudrat. Kahar (Amir Ahnaf) pula merupakan senior dan Kapla High Council yang mempertahankan tradisi Kudrat di mana buli dan pertarungan gelanggang ‘Pilihan Raya’ merupakan suatu kebiasaan.

Naim merupakan pelajar innocent yang berkeinginan untuk menjadi Kapla High Council, namun niatnya menjadi sukar apabila adiknya Fakhri sebagai pelajar baru Kudrat bertekad untuk menghentikan tradisi dan hieraki High Council yang toxic dengan turut serta memasuki gelanggang ‘Pilihan Raya’ untuk penentuan Kapla yang seterusnya. Pelbagai kisah hitam di antara mereka juga dibongkarkan sepanjang siri ini melalui sudut latar belakang keluarga dan juga situasi di Kudrat sendiri.  

Sempena tayangan Projek High Council, sooka memberikan promosi terhad bagi para pelanggan untuk menebus trial pelan Entertainment percuma selama 7 hari - dengan memuat turun aplikasi sooka dan menggunakan salah satu kod #SOOKANAIM atau #SOOKAFAKHRI atau #SOOKAKAHAR. Kod ini juga memberi peluang kepada penonton untuk ‘mengundi’ KAPLA terbaru dan berpeluang meluangkan masa bersama barisan pelakon utama Projek High Council di ‘Hari Pilihan Raya Kapla’ anjuran sooka. Pelbagai aktiviti menarik seperti tayangan perdana bersama fans, aktiviti bersama Kapla dan meet and greet exclusive buat pelanggan sooka bakal diadakan padahari itu. Pelanggan boleh mengikuti Instagram sooka di (@sookamalaysia) untuk maklumat lanjut berkenaan Hari Pilihan Raya Kapla sooka.  

Projek High Council boleh dilayan melalui pelan sooka Entertainment serendah RM15.90/bulan atau Sports + Entertainment pada harga RM34.90/bulan atau sooka TV pada harga RM62.90/bulan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sooka, ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram di (@sookamalaysia), atau layari sooka.my.