Berminat untuk berlakon? Sertai #CameoGegar sekarang sehingga 13 Mac 2019! Jenama radio GEGAR memberi peminat-peminat GEGAR peluang menjadi pelakon di Astro Ria (saluran 104).
#CameoGegar dibawa khas oleh jenama radio GEGAR, Permata Pantai Timur, untuk peminat-peminat GEGAR sebagai peluang keemasan untuk menonjolkan bakat lakonan terpendam dari sekarang sehingga 13 Mac 2019.
Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 34 tahun boleh menyertai #CameoGegar dengan amat mudah. Peserta hanya perlu merakam video lakonan berdurasi 60 saat (maksima) dan memuat naik video lakonan itu di laman sosial Instagram bersertakan tanda pagar (hashtag) #CameoGegar di ruangan kapsyen. Peserta-peserta #CameoGegar mesti memastikan tetapan akaun Instagram mereka adalah “public (awam)”.
Peserta #CameoGegar boleh menghantar seberapa banyak video lakonan yang mereka hasilkan, tetapi setiap peserta mesti memuat naik video lakonan di laman sosial Instagram sendiri untuk termasuk dalam senarai pencalonan peserta. Setiap video lakonan yang dimuat naik perlulah berlainan dari segi watak dan karakter watak yang dilakonkan.
Individu yang berjaya disenarai pendek akan di hubungi untuk menghadiri uji bakat untuk cabaran terakhir yang akan bertempat di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pemenang #CameoGegar akan berpeluang muncul bersama-sama pelakon terkemuka tanah air apabila menerima watak lakonan di slot Megadrama, Astro Ria (saluran 104).
Selain daripada membuka peluang dan mengetengahkan bakat baharu kepada industri kesenian Malaysia, #CameoGegar bertujuan mendekatkan jenama radio GEGAR dengan peminat-peminatnya melalui media sosial sambil memberi penghargaan untuk peminat-peminat setia GEGAR melalui peluang keemasan ini.
Peminat-peminat GEGAR yang ingin menyertai #CameoGegar, boleh layari laman rasmi GEGAR di: https://gegar.my/ dan ikuti GEGAR di laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter.