Dua kisah berbeza, satu penutup tahun yang mengujakan di Astro
Menjelang hujung tahun, Astro bakal mempersembahkan dua karya baharu di bawah jenama Home of Drama, menawarkan jalan cerita menarik untuk tontonan di Astro Ria. Mengangkat tema cinta dan dendam, slot MegaDrama kali ini menjanjikan kisah penuh emosi dan konflik menerusi drama Bahagia Yang Tertangguh yang akan menemui para penonton mulai 17 November ini, diikuti dengan drama Impiana: Karma yang penuh dengan elemen saspens dan ketegangan pada 19 November.
Menyusuli kejayaan Mandul Bukan Pilihan, penulis skrip terkenal Oka Aurora kembali dengan karya terbaharu berjudul Bahagia Yang Tertangguh, drama adaptasi novelis terkenal, Rissa Ahdiya ini mengisahkan tentang seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan yang dikawal oleh kakak iparnya, terpaksa menjadi isteri “provider” yang menanggung perbelanjaan keluarga suaminya sehingga membawa kepada kehancuran rumah tangga yang dibina. Kehadiran seorang lelaki yang merupakan jirannya pula seolah membawa sinar harapan baharu dalam mengecapi kebahagiaan yang tertangguh. Melalui kisah penuh duka, keberanian dan ketabahan, beliau belajar untuk menghargai erti cinta sejati serta kekuatan untuk memperjuangkan kebahagiaannya sendiri.
Sementara itu, Impiana: Karma membawa penonton menyelami sisi gelap keinginan dan cita-cita menerusi kehidupan sekumpulan sahabat lama yang kembali bertemu selepas bertahun-tahun berpisah. Pertemuan itu menyeret mereka ke dalam urusan dengan sebuah syarikat misteri yang menjanjikan kejayaan dan impian menjadi nyata - namun dengan harga yang perlu dibayar. Ketika impian mereka mula terlaksana, mereka menyedari bahawa setiap keinginan datang bersama pengorbanan, mengaburkan batas antara cita-cita dan akibat. Diadaptasi daripada siri novel popular karya Ain Maisarah, drama ini merupakan antara adaptasi yang paling dinantikan oleh peminat genre tersebut.
Sebagai Home of Drama, Astro kekal komited dalam menyampaikan kandungan berkualiti tinggi dengan jalan cerita yang memberi impak serta terus menginspirasi dan menghiburkan para penonton di Malaysia. “Kami sekali lagi berbangga dapat bekerjasama dengan barisan penulis dan pengarah paling berbakat dalam industri, termasuk penghasilan adaptasi daripada novel-novel popular yang sekian lama dekat di hati penonton tempatan,” ujar Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro.
“Bahagia Yang Tertangguh dan Impiana: Karma merupakan antara hadiah istimewa Astro buat penonton sempena penutup tahun ini, menampilkan naskhah dengan jalan cerita yang menyentuh perasaan, lakonan mantap serta mesej yang penuh makna. Kami berharap drama-drama ini mampu memberikan hiburan yang mengujakan disamping ruang untuk renungan menjelang akhir tahun 2025. Kami amat menghargai kerjasama dan sokongan padu daripada rakan kreatif yang terus memperkukuh portfolio kandungan kami, sekali gus memastikan Astro kekal sebagai destinasi utama bagi drama tempatan terbaik,” tambah Raqim.
Meneruskan kerjasama bersama pengarah tersohor Osman Ali, drama Bahagia Yang Tertangguh terbitan iFAME Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon hebat yang diterajui oleh Nad Zainal, Izzue Islam, Rozita Che Wan, Kamal Adli dan Datin Seri Nina Jureen. Sementara itu, Impiana: Karma arahan Eyra Rahman di bawah penerbitan Zeel Production Sdn. Bhd. menghimpunkan barisan pelakon popular pilihan penonton seperti Che Puan Juliana Evans, Ezzanie Jasny, Adriana Adnan, Yuna Rahim, Sharifah Haneesya, Tiz Zaqyah, Nas-T, Aniq Suhair dan Lorenzo Irmann.
Bahagia Yang Tertangguh dan Impiana: Karma boleh disaksikan secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.


%201.png)
