KUALA LUMPUR 24 FEBRUARI 2026 -Menyemarakkan lagi semangat Ramadan dan menghargai sokongan pendengar sepanjangtiga dekad, Astro Audio meneruskan tradisi aktiviti kemasyarakatan denganmenganjurkan program pengagihan 200 pek bubur lambuk di Bazar RamadanJalan Telawi, Bangsar. Program ini merupakan antara rangkaian inisiatifkomuniti yang diadakan bersempena sambutan 30 tahun Astro, dalam usahamerapatkan hubungan dengan para pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat.
Seramai 12 penyampai radiodaripada enam stesen radio di bawah Astro Audio turun padang menyertaipengagihan tersebut. Stesen yang terlibat termasuk ERA, ERA SABAH, ERA SARAWAK,SINAR, THR GEGAR dan ZAYAN. Penyampai yang terlibat ialah Radin, Isha,Sharifah Shahira, Sarah Kamila, Fizie, Scha, Lin Arifin, Farhira, Mijul, Adam,Ilmo dan Alissa, yang menyapa para pengunjung dan menyampaikan pek buburlambuk sambil beramah mesra.
Pengarah Astro Audio, PriyaDharshini Prabakaran, berkata program ini melambangkan komitmen Astro untukterus menjadi sebahagian daripada komuniti dan memberi nilai tambah kepadamasyarakat.

“Acara ini adalah sebahagiancara kami meraikan 30 tahun Astro serta tanda terima kasih kami kepada parapendengar yang tidak henti-henti memberikan sokongan. Kami mahu turun bertemumasyarakat, mendekati mereka dengan lebih dekat, mengeratkan hubungan yangterjalin selama ini serta memastikan Astro Audio terus relevan di hati rakyat,”katanya.
Suasana di bazar menjadi lebihmeriah apabila para pengunjung berpeluang bertemu penyampai radio kegemaranmereka. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dengan ramai tidak melepaskanpeluang untuk bergambar dan berinteraksi bersama para penyampai yang jarangdapat ditemui di lokasi terbuka.
Acara yang bermula pada jam 5petang dan berakhir sekitar 6 petang ini turut diserikan dengankehadiran Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, yang hadir bagimenyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuhkan hubungan antara media,komuniti dan masyarakat setempat. Kehadiran beliau turut menarik perhatianpengunjung yang tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti dan memeriahkansuasana.
Program ini bukan sahaja membawakeceriaan Ramadan kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform pentingkepada Astro Audio untuk terus melaksanakan aktiviti turun padang yang memberimanfaat secara langsung kepada komuniti.


%201.png)

