Penyanyi Top ERA, pencarian bakat nyanyian baharu mengumumkan Syazwan Syahmi (23 Tahun) sebagai juara pertandingan selepas beliau berjaya mengharungi pelbagai tugasan dan cabaran sehingga ke pertarungan akhir yang berlangsung pada 24 Februari, di Kotak Hitam Space, Setia Alam.
Syazwan Syahmi membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan kontrak bersama muzik label Rocketfuel Entertainment. Manakala, empat finalis akhir lain: Maria Effendi (25 Tahun), Akmar Natasha (23 Tahun), Mohamad Afif (26 Tahun) dan Manzack (29 Tahun) menerima hadiah saguhati bernilai RM1000 setiap seorang.
Pada pertarungan akhir, kesemua lima finalis mempersembahkan bakat nyanyian dan kreativiti mereka dengan iringan muzik dari kumpulan MADAM. Penjurian di peringkat akhir dinilai oleh Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, Sharon Paul, komposer terkenal Malaysia, dan Hael Husaini, penyanyi berbakat tanah air.
Penyanyi Top ERA turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Hael Husaini dengan lagu bertajuk ‘Kelentang Kelentong’, dan Irfan Haris, penyanyi muda berbakat besar dengan lagunya bertajuk ‘Milik’.
Para peminat dapat menyaksikan rakaman pentas akhir Penyanyi Top ERA yang dibawakan bersama Kucaté menerusi Facebook dan YouTube ERA.
Untuk maklumat lanjut, layari era.je atau ikuti laman media sosial ERA.