Kak Shiera Sertai Keluarga SINAR bersama Falyq dan Hefny dalam TRIO PETANG SINAR
09
April
2025

Kak Shiera Sertai Keluarga SINAR bersama Falyq dan Hefny dalam TRIO PETANG SINAR

KUALA LUMPUR 7 APRIL 2025: Personaliti Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Shiera sertai keluarga besar SINAR bersama dengan Falyq dan Hefny untuk segmen TRIO PETANG SINAR. Segmen itu bersiaran dari jam 3 petang hingga 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat. Kehadiran Kak Shiera ke konti SINAR mampu mengukuhkan jenama stesen ini yang memegang dengan ‘tagline’ Muzik Retro Terbaik.

Pengurus Jenama SINAR Zureen Affendi berkata pemilihan Kak Shiera mengendalikan segmen bersama Falyq dan Hefny amat bertepatan kerana pengalaman Kak Shiera dalam industri penyiaran radio sangat luar biasa dan wajar SINAR mengambil peluang tersebut untuk mengukuhkan lagi TRIO PETANG SINAR. Gandingan ketiga-tiga penyampai ini mampu memberikan suntikan baru untuk menghiburkan lagi pendengar disamping memberikan info-info terkini dan terbaik kepada penyokong setia SINAR. 

“Sebelum ni, Duo Sinar pernah bersama dengan Erra Fazira dan bagi impak positif jadi ia ambil masa yang lama untuk mencari seseorang yang dapat memberikan impak yang sama. Kak Shiera dah pernah tolak tawaran pertama namun pada hujung tahun lalu Kak Shiera terima dan ingin cuba angin baru. Antara lain kriteria kami memilih Kak Shiera sebagai penyampai TRIO PETANG SINAR ialah ingin beri sentuhan wanita dalam segmen petang. Apa-apa pun ia satu perkhabaran gembira buat kami selepas Kak Shiera menerima tawaran itu dan sekaligus dapat meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti penyampai di SINAR,” ujar Zureen.

Selain menjadi penyampai Kak Shiera juga bakal menyertai apa jua aktiviti yang SINAR sediakan untuk meraih lagi perhatian pendengar terutama untuk kandungan dalam media sosial rasmi SINAR. Ia sekaligus boleh dapat menambah lagi jumlah pengikut kami di media sosial yang memiliki jutaan pengikut terutama di Instagram dan Tik Tok.

“Saya yakin dengan kemampuan Kak Shiera akan membawa Segmen Petang SINAR ke peringkat yang terbaik. Ini kerana pengalamannya dalam bidang penyiaran radio amat bernilai dan ini masanya Kak Shiera mencurahkan bakti, tenaga dan idea kepada stesen SINAR. Diharapkan pendengar dapat menyokong kerjayanya di SINAR dan terhibur celoteh dan telatah Kak Shiera bersama Falyq dan Hefny. 

Untuk berita dan aktiviti terkini, sila layari platforam rasmi media sosial SINAR.