Kuching, 20 Ogos 2018 –Saksikan penyampai radio Pagi ERA Sarawak, Afick dan Fir Affandi, menguji keberanian mereka melalui kempen ‘Fir Ficktor ERA’. Kempen yang diinspirasikan oleh format program antarabangsa popular akan memperlihatkan kedua-dua penyampai radio ERA ini mengatasi pelbagai cabaran ekstrem di beberapa taman tema di Malaysia.
Menariknya kempen ini, peminat-peminat ERA Sarawak juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM15,000. Pengurus Besar Astro Radio Bahagian Sabah & Sarawak, Hafiz Nizamudin berkata “Selaras dengan usaha dan janji kami untuk menyajikan kandungan yang lebih interaktif, setiap perincian kandungan kami dirangka dengan memperingati para peminat kami. Memandangkan Afick dan Fir memiliki personaliti yang bersahaja dan sentiasa hip, kami amat berbesar hati untuk mengumumkan kempen ‘Fir Ficktor ERA’ untuk menguji tahap keberanian mereka sambil memberikan peluang kepada para peminat dynamic duo ini untuk memenangi hadiah menarik.”
Bermula 03 September 2018, Afick dan Fir akan melakukan beberapa cabaran ekstrem di beberapa taman tema sekitar Malaysia sambil menyanyikan sebuah lagu. Pemanggil terpantas yang dapat menjawab tajuk lagu dan nama penyanyi dengan tepat akan memenangi hadiah wang tunai. Kempen ‘Fir Ficktor ERA’ akan berlangsung dari hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari jam 6 pagi.
SUPER PAGI ERA Sarawak
Berita baik buat pendengar ERA Sarawak, bermula 27 Ogos 2018, anda berpeluang untuk mendengarkan selebriti-selebriti tanah air yang dibawakan khas ke udara bersama SUPER PAGI ERA Sarawak. Bersedia untuk bergelak tawa dengan ragam selebriti serta duo penyampai ini dengan “Super Mr. Penauk”. Kempen ini akan menampilkan selebriti-selebriti kegemaran Malaysia seperti Ismail Izzani, Hael Husaini, PS Mansur, Ben Ladin dan Sufian Suhaimi, yang akan memperlihatkan mereka terlibat dalam sesi sketsa bersama penyampai radio ERA sepanjang minggu tersebut.
ERA Sarawak amat teruja untuk mengaktifkan kempen-kempen ini bagi merapatkan lagi jurang di antara jenama radio tersebut dengan peminat-peminatnya. Dengarkan hiburan pilihan utama pendengar setiap hari bersama Pagi ERA Sarawak dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 pagi untuk kandungan-kandungan terkini.
Untuk maklumat lanjut mengenai ERA dan kempen-kempen yang akan dianjurkannya, sila layari www.era.je atau ikuti ERA Sarawak di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter, serta frekuensi 96.1FM (Kuching) dan 101.3FM (Miri).