Biduanita Indonesia, Hetty Koes Endang kembali berpadu tenaga bersama Dato’ Haji Ramli MS menduduki kerusi juri tetap dalam edisi terkini ‘Gegar Vaganza’Pertandingan nyanyian yang menampilkan barisan penyanyi profesional, ‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ hari ini mengumumkan tirai pentas utamanya untuk musim keenam akan kembali dibuka secara rasmi mulai 13 Oktober ini. Sekali lagi dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, 9.00 malam, musim terbaharu ini bakal menampilkan 13 peserta, terdiri daripada penyanyi solo, duo dan berkumpulan. Ini merupakan tahun kedua ‘GV’ menyaksikan penglibatan peserta duo dan berkumpulan, selepas format sebegini diperkenalkan buat pertama kalinya pada musim lalu dengan kehadiran kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo, Billy Zulkarnain.Untuk edisi kali ini, 13 peserta yang terdiri daripada sebelas peserta solo dan masing-masing satu peserta berkumpulan dan duo, kini bersiap siaga sepenuhnya untuk berentap di pentas berprestij satu-satunya program hiburan tanah air yang mengangkat kembali nama-nama penggiat portfolio seni yang pada suatu ketika dahulu pernah mengecapi kegemilangan dan diminati ramai.‘GV6’ juga masih mengekalkan format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.Sebelum ini, penyanyi Ayai Ilusi (’GV1’), Siti Nordiana (’GV2’), Azharina (’GV3’) Aishah (’GV4’) dan Noryn Aziz (’GV5’) juga pernah dinobatkan sebagai juara ‘GV’ untuk musim-musim yang terdahulu.Petikan Kenyataan Rasmi Wakil Astro - Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria& Ria HD"Selepas lebih 6 tahun bersiaran, ‘Gegar Vaganza’ dilihat sebagai bukan sekadar program hiburan semata-mata. Kami di bahagian produksi mengangkat ‘GV’ ini sebagai satu ekosistem yang menghubungkan penyanyi khususnya pemain ‘senior’ baik dari Malaysia mahupun negara-negara serantau seperti Singapura, Indonesia dan Brunei dengan pentas komersial arus perdana pada hari ini yang rata-ratanya didominasikan oleh golongan muda dan millennial. Tidak dinafikan, ‘trend’ atau aliran arah persada seni pada hari ini mendambakan sesuatu yang lebih moden dan segar. Walaupun barisan penyanyi yang kami tampilkan di pentas ‘GV’ dari musim ke musim adalah terdiri dari mereka yang rata-ratanya berusia atau ‘lebih berpengalaman’, kami yakin, jika diberikan peluang untuk kembali beraksi di platform yang bertepatan, mereka boleh membuat ‘comeback’ dan akan diraikan semula oleh audiens industri. Justeru, tidak hairan jika barisan peserta yang terpilih untuk bertanding di pentas ‘GV’ begitu bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan kembali kehebatan vokal dan persembahan mereka yang mungkin sudah lama tidak dipertontonkan demi memenangi hati juri dan juga penonton. Kami percaya, kerinduan anda semua akan terubat sebaik sahaja mengetahui nama-nama di sebalik ‘GV’ musim keenam ini. Turut tidak dinafikan, platform ‘GV’ juga dijadikan batu loncatan kepada barisan artis yang menyertainya sebagai satu lagi cabang rezeki mereka dalam meniti kehidupan seharian. Menerusi ‘GV’, mereka kembali dikenali, nostalgia lama terutamanya menerusi lagu-lagu ‘one hit wonder’ suatu masa dahulu membuatkan mereka diingati semula dan dihujani jemputan dari banyak penjuru untuk mengadakan persembahan dalam pelbagai skala. Kami merasakan bahawa ini merupakan salah satu bentuk sumbangan kami kepada industri, dengan meraikan penyanyi ‘senior’ tanah air khususnya, agar kembali diingati dan pada masa yang sama turut diperkenalkan seterusnya dijadikan contoh kepada generasi baharu. ‘Gegar Vaganza’ terus kekal menjadi sebuah jenama kukuh di persada seni. Ia membentuk satu linkungan ekosistem yang saling memerlukan di antara beberapa pemain utama industri seperti kami di Astro sebagai penganjur dan penyiar rasmi, barisan artis berpengalaman sebagai peserta, pihak penaja sebagai tulang belakang dan yang paling utama, peminat sebagai penyokong setia. Menerusi gabungan ini, ‘Gegar Vaganza’ musim terbaharu sekali lagi berjaya direalisasikan dan bersedia untuk menemui anda mulai Oktober ini. Kami yakin, revolusi ‘GV’ akan kembali mencetuskan sebuah fenomena hebat. Justeru, teruskan menonton!"Trivia Menarik `Gegar Vaganza 6`1.Buat julung kalinya, pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu, Farm Fresh hadir sebagai Penaja Utama ‘GV6’ dan disokong oleh tiga Penaja Bersama - Adabi, Cuckoo dan Uphamol. Digi turut hadir sebagai Telco Rasmi.2.Aplikasi Astro GO dan portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala SINAR pula sebagai Rakan Radio Rasmi.3.Turut membanggakan, ‘GV’ masih mengekalkan rekod cemerlang sebagai program hiburan realiti nyanyian terbaik Malaysia di platfrom Astro. Penerimaan di ruang digital juga menyaksikan peningkatan sebanyak 105% bagi jumlah tontonan menerusi penstriman secara ‘online’ berbanding musim sebelumnya, menjadikan jumlah tontonan terkumpul di ruangan ini sebanyak 26 juta.4.Maestro tersohor, Datuk Haji Ramli MS masih lagi dikekalkan sebagai juri tetap yang akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.5.Dengan pengalaman lebih 45 tahun berkecimpung sebagai individu penting belakang tabir dunia hiburan tanah air, kredibiliti dan reputasi cemerlang beliau sebagai konduktor dan pengarah muzik disegani meletakkan Ramli MS sebagai karyawan seni yang paling layak untuk menduduki kerusi ketua juri.6.Ramli MS yang telah terlibat dengan penganjuran ‘GV’ sebagai juri tetap sejak musim pertama itu turut menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Muzik untuk ‘GV6’ dan beliau akan diiringi ‘The Leman Band’ yang turut dianggotai Ca’an dan Ude.7.Menemani Ramli MS di posisi juri tetap adalah biduanita tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang. Pemilihan Ibu Hetty dibuat setelah mengambil kira kredibiliti dan pengalaman beliau sebagai seorang penyanyi yang cukup hebat dan begitu disegani di kalangan ramai. Beliau mewakili suara Nusantara dan ini merupakan kemunculan yang kedua buat Ibu Hetty selepas memegang tanggungjawab yang sama sebagai juri tetap di ‘GV4’ pada tahun 2017.8.Kehebatan Ibu Hetty dari aspek penjurian sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Sebelum ini, beliau terlibat sebagai salah seorang juri untuk program hiburan popular di Indonesia, D’Academy Asia. Kini, beliau memikul tugas yang sama untuk sebuah lagi program terbitan republik itu, Golden Memories Asia di samping Ruth Sahanaya. Tugas juri tersebut turut digalas rakan-rakan selebriti dari negara-negara serantau seperti Sheila Majid dan Amy Search dari Malaysia, Najip Ali (Singapura) dan Meinnan Yunos (Brunei Darussalam).9.Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.10.Melihat kepada portfolio pengacaraan dan keserasian luar biasa gandingan selebriti popular; Nabil Ahmad dan Jihan Muse sekali lagi diberikan mandat yang sama untuk mengendalikan pentas utama ‘GV6’ sebagai pengacara program.11.Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri bersama pengacara, Fiza Frizzy, akan ditugaskan sebagai hos ‘Gegar Vaganza Live +’ yang akan bersiaran 10 minit sebelum pentas utama dibuka pada setiap Ahad. Manakala, pelakon, pengacara dan penyampai radio SINAR, Hefny Sahad pula bertindak sebagai hos ‘Kapsul Gegar Vaganza’.12.Untuk musim ini, buat julung kalinya, ‘GV’ dengan kerjasama Penaja Utama, Farm Fresh, memperkenalkan anugerah ‘GV Kongsi Rezeki’ yang mana kami akan berkongsi sebahagian dari hadiah kemenangan mingguan dengan barisan penyanyi tanah air yang mengalami masalah kewangan, kesihatan dan penghidap penyakit kronik yang memerlukan penjagaan rapi. Pihak produksi akan bekerjasama dengan SENIMAN, Yayasan Karyawan dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair bagi tujuan pemilihan penerima sumbangan.13.Adabi, selaku Penaja Bersama ‘GV6’ turut bermurah hati untuk menyumbang hadiah mingguan, ‘Bintang Adabi Paling Rasa’, berbentuk wang tunai dan sebuah hamper mengandungi pelbagai barangan / produk Adabi kepada bintang yang mendapat markah tertinggi.14.Dalam pada itu, ‘Anugerah Cuckoo Paling Gempak’ kembali dalam Gegar Vaganza tahun ini. Setiap minggu, pemenang ‘Anugerah Cuckoo Paling Gempak’ akan dipilih oleh para peminat menerusi undian di laman web www.astrogempak.com. Anugerah ini akan diperkenalkan pada konsert minggup pertama dan pemenang akan diumumkan pada minggu ke-2 dan seterusnya.15.Juara ‘GV6’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM30 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM20 ribu, RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi.Info Siaran Rangkaian `Gegar Vaganza 6`Rangkaian program ‘GV6’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul, ‘Kapsul Gegar Vaganza’. Program kapsul ini akan bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 7 Oktober 2019.Manakala konsert mingguan ‘GV6’ pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 13 Oktober 2019.Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live +’ akan disiarkan secara serentak di www.gegarvaganza.com.my ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV6’ bermula 13 Oktober 2019.