KehadiranRamadan Al-Mubarak semestinya dinantikan oleh setiap umat Islam di seratapelusuk dunia. Bulan mulia penuh keampunan yang cukup sinonim dengan amalanibadah ini menjanjikan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat kali gandaberbanding bulan-bulan lain. Namun begitu, kedatangan Ramadan 1441H kali inidilihat sedikit berbeza apabila kita diduga dengan pandemik COVID-19 yang manasedikit sebanyak mengubah corak perjalanan rutin seharian masing-masing.Sebagai sebuah stesen penyiaran utama tanah air, Astro peka akan hal ini danterus komited memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat Malaysiasentiasa bersama dan menyemarakkan semangat dalam diri setiap kita bahawasituasi ini akan beransur pulih kelak.
Justeru, padatahun ini, Astro sekali lagi tampil dengan sebuah tema utama diapit denganmesej yang kuat di sebaliknya bagi melatari kempen Ramadan Raya 2020.Mengangkat tema ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’, Astro bakal memberikansajian hiburan serta aktiviti-aktiviti kempen yang mengutamakan hubunganpersaudaraan dengan penggunaan komunikasi maya menerusi kesemua platformnyayang didukung dengan pelbagai intisari rancangan. Malah aktiviti mahupunrancangan yang bakal disajikan diyakini mampu mengukir senyuman sertamenggembirakan setiap lapisan masyarakat. Astro percaya bahawa keutuhansesebuah ikatan bermula daripada senyuman dan ini membolehkan rakyat Malaysiabersatu dalam menghadapi apa jua cabaran.
Menarik tahunini, Astro menggandingkan tujuh personaliti popular tanah air sebagai duta kempen‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ yang hadir khusus buat pelanggan Astro,demi memberikan sinar harapan bagi hari-hari yang akan datang. Duta-duta kempenini adalah barisan selebriti, Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Ben Amir, HaelHusaini, Ernie Zakri, Shiha Zikir dan Chubb-E, yang masing-masing mempunyaidaya tarikan yang tersendiri. Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagaipemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakansenyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan merekasecara amnya kepada penonton. Ia secara tidak langsung merapatkan jurang sertamengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.
Malah, HaelHusaini, di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment, juga tampil dengansebuah lagu istimewa sempena bulan Ramadan ini berjudul ‘Senyuman Ramadan’.Tulisan lirik dan gubahan lagu yang penuh inspirasi ini merupakan hasil tanganHael Husaini sendiri bersama MFMF. Lagu istimewa Ramadan ini merupakan usahaAstro sebagai obor untuk menyinari lagi bulan yang penuh dengan rahmat ini.
Naib Presiden& Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, DatukKhairul Anwar Salleh berkata, “Kami di Astro sentiasa komited untuk menyajikanprogram-program terbaik yang menepati citarasa setiap individu. Walaupun kitadilanda musibah dan dugaan yang tidak disangka, dengan penularan wabakberbahaya COVID-19, penjarakan sosial dan perintah kawalan pergerakan; Ramadanini, Astro tetap dengan usaha proaktifnya untuk melakar senyuman indah anda denganpengisian yang mengukuhkan ‘hablum minallah wa hablum minannas’ atau dalam ertikata lain hubungan manusia dengan Allah SWT (hablumminallah) dan hubunganmanusia dengan manusia yang lain (hablumminannas). Setiap platform di Astroseperti televisyen, radio, digital dan sebagainya memainkan peranan utamamasing-masing dalam menyusun sajian program terbaik bagi menemani rakyatMalaysia di saat-saat yang memerlukan ini. Kami menawarkan banyak rancanganbaharu yang merangkumi genre keagamaan, telefilem, dokumentari, drama bersiri,sketsa, animasi, komedi serta rancangan khas seperti variasi serta bual bicara.
Bukan itusahaja, kami juga tampil dengan podcast dan drama audio melalui aplikasi SYOK,waktu solat dan arah kiblat melalui aplikasi AWANI, komik digital bersamaGempak, solat tarawih secara virtual bersama personaliti radio ZAYAN, danbanyak lagi. Terdapat juga pelbagai promosi hebat dan hadiah istimewa khasuntuk pelanggan setia Astro yang sentiasa dekat di hati kami. Jadi, janganketinggalan untuk sama-sama memeriahkan bulan penuh keberkatan ini. Gunakanlahpeluang ini untuk sentiasa indahkan senyuman dan terus eratkan jalinan bersamayang tersayang. Bersama-sama kita terus mengamalkan penjarakan sosial demikelangsungan keselamatan dan kesejahteraan kita semua. Jarak akan menguatkankita, untuk esok yang lebih bermakna. Indahkan senyuman, eratkan jalinan danterus setia bersama kami di Astro.”
Berikut adalahpengisian menarik dari Astro sempena Ramadan 1441H, yang juga boleh distrimmelalui aplikasi Astro GO di mana sahaja, pada bila-bila masa:
Saluran gayahidup Muslim, Astro Oasis HD (106) dan Oasis (126) turut menghiasi bulan muliaini dengan program-program hebat dan berinformasi bernas dengan rancangan ‘AlaKazim musim ke-2’ mulai 20 April, setiap Isnin, jam 7.30 malam dan ‘KemahKeming Ustaz Azhar Idrus’ mulai 21 April, setiap Selasa hingga Khamis, jam 7.30malam. Selain dari Astro Oasis, saluran Naura (109) pula tampil dengan program‘Art of Healing’ mulai 4 Mei, setiap Isnin, jam 9 malam, dan ‘Jodoh Talk’ mulai7 Mei, setiap Khamis, jam 9 malam.
Di Astro Ria HD(104) dan Ria (124), ikon fesyen Dato` Rizalman akan menghiasi program ‘PungPang Rizalman’ mulai 27 April, setiap Isnin hingga Rabu, jam 6 petang bersamabarisan artis seperti Neelofa, Amy Search, Alif Satar dan ramai lagi. Juara BigStage musim ke-2, Hanbyul pula akan berkongsi pengalaman menyambut puasa diMalaysia dengan program ‘The Cuba Show Edisi Puasa’ yang bakal menemui peminatmulai 30 April setiap Khamis dan Jumaat, jam 6 petang. Manakala di Astro PrimaHD (105) dan Prima (125) pula menampilkan chef terkemuka tanah air, Dato` ChefWan kembali dengan ‘Rasa Nostalgia Ramadan musim ke-2’ mulai 24 April, setiapIsnin hingga Jumaat, jam 5 petang!
Hiburkan hatianda bersama satu-satunya saluran komedi tanah air, Astro Warna HD (107) danWarna (127) dengan program ‘Seminggu Sekali’ mulai 17 April, setiap Isnin danJumaat, jam 10 malam, dan program bual bicara ‘Sembang #DudukRumah bersamaDato` AC Mizal’, setiap Khamis, jam 9 malam! Juga saksikan program ‘KennotBrain’, setiap Selasa, jam 10.30 malam. Dan, jangan lupa, dua episod istimewa‘Sepahtu Reunion Al Puasa 2020’ pada 15 dan 22 Mei, jam 9 malam! Saksikantelefilem kekeluargaan, ‘Empat Penjuru’ di Astro Ria HD (104) dan Ria (124)mulai 25 April, setiap Sabtu, jam 10.30 malam. Astro Warna HD (107) dan Warna(127) juga menawarkan drama khas dari Singapura ‘Kisah Tok Kadi’ mulai 27April, setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam. Astro Citra HD (108) dan Citra(128) pula membawakan drama bersiri Nusantara, ‘Sepenggal Puisi’ mulai 29April, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam.
Astro Ceria(631) dan Ceria HD (611) juga tidak ketinggalan dengan segmen animasi dankanak-kanak dalam menyemarakkan lagi bulan mulia ini bersama musim baharu‘Salam Squad 2.0’ mulai 22 April. Salam Squad 2.0 merupakan sebuah siri komediyang penuh dengan pengajaran buat seisi keluarga. Animasi popular ‘Omar &Hana’ juga tampil dengan musim baharu dengan lagu-lagu Islamik kanak-kanakmulai 17 April. Selain itu, ‘New Doraemon’ dan ‘Super Wings musim ke-4’ jugabakal menghiburkan hati kanak-kanak dengan episod-episod baharu. Saluran AstroPrima HD (105) dan Prima (125) pula menampilkan program selingan Upin &Ipin, ‘Lepak @ Les Copaque’ bertemakan Ramadan mulai 20 April, setiap Isninhingga Jumaat, jam 7 petang! Eksklusif di Astro GO dan on demand pula adalahsiri komedi ‘Gurau Je’ dengan episod baharu setiap hari Sabtu.
Segmenantarabangsa Astro juga menyediakan banyak pengisian menarik bagipeminat-peminat filem pecah panggung Hollywood, seperti ‘Godzilla: King of theMonsters’ (HBO, 9 Mei, 9 malam), ‘Fast & Furious: Hobbs & Shaw’ (HBO,23 Mei, 9 malam) dan ‘The Lion King’ (Fox Movies, 25 Mei, 10 malam). Saksikanjuga program-program gaya hidup seperti ‘Buddy’s Big Bakedown’ di TLC secara ondemand, musim ke-18 dan 19 ‘5 Rencah 5 Rasa’ di Asian Food Network mulai 1 Meisetiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang serta musim ke-7 ‘Kids BakingChampionship’ di saluran Food Network mulai 2 Mei, jam 7 petang! Untukinspirasi gaya hiasan rumah, tonton program terbaharu saluran HGTV, ‘ExtremeMakeover: Home Edition’ mulai 6 Mei setiap Rabu, jam 10 malam.
Bagi penggemarprogram Korea pula, saksikan drama ‘Good Casting’ mulai 28 April, setiap Selasahingga Rabu, jam 8.10 malam di saluran ONE (393), rancangan aneka ragam ‘I LiveAlone’ di saluran oh!K (394) setiap Ahad jam 10.50 malam, program si cilik ‘TheReturn of Superman’ di saluran KBS World (391) dan KBS World HD (392), setiapAhad jam 6.15 petang, dan kemuncak episod akhir drama ‘Memorist’ di saluran tvN(395) pada 1 Mei jam 9.45 malam.Discovery Asia (553) juga membawakan programmenarik ‘Majestic Mosques’ dan ‘The Mosque Next Door’ mulai 1 Mei jam 6.35petang dan 9.05 malam. Sementara itu, National Geographic Channel (551 HD dan571 SD) pula tampilkan program ‘Supercar’ mulai 2 Mei ini.
Pelanggan Astroboleh strim program-program baharu penuh bermakna sempena bulan Ramadan inisecara on demand seperti ‘Capharnaum’, ‘Latitute 6’, ‘Harim Di Tanah Haram’,‘Kalam Kalam Langit’, ‘Cendol: Kepada Allah Aku Berserah’, ‘Makrifat Cinta’,‘30 Hari Puasa’, ‘Mail & Sudin Sambut Ramadan’, dan juga ‘Mike & Mark:Diari Mualaf’, ‘Makkah: Sebuah Kisah dan Kemuliaan’, dan ‘RASA’. Juga bolehdidapati di aplikasi Astro GO.
Di Astro First(480) pula terdapat ‘Rock 4’ (16 April), ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’dan M4M4 (23 April), serta ‘Dharala Prabhu’ (7 Mei). Astro Best (481) jugamembawakan yang terbaik buat pelanggan Astro. Nantikan kemunculan ‘Star WarsEpisode IX: The Rise of Skywalker’, ‘Birds of Prey’, ‘Spies in Disguise’, dan‘Terra Willy’ di skrin anda nanti.
Jenama-jenamaradio di bawah naungan Astro, ZAYAN, GEGAR, SINAR dan ERA turut samamemeriahkan kempen ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ denganpengisian-pengisian menarik di sepanjang bulan Ramadan.ZAYAN menyajikan ‘ZAYANVirtual Tarawih’ iaitu panduan dan solat tarawih serta berselawat secaralangsung di laman sosial ZAYAN diiringi tazkirah pada setiap waktu tarawih.Juga terdapat program ‘ZAYAN Ngaji Ramadan’ dan ‘ZAYAN Review Ramadan’ bersamatokoh-tokoh agama dan personaliti ZAYAN sendiri.
GEGAR pula bakalmenghiburkan pendengar setianya dengan ‘Madinah Ramadan GEGAR’ dan juga ‘DikirDakwah Ramadan’ di mana pendikir akan memberikan pengisian tentang bulanRamadan. Selain itu, SINAR pula akan menampilkan ‘1 Hari 1 Doa’ bersama ustazuntuk doa-doa harian yang boleh dipratikkan seluruh ummah, serta slot ‘KisahRamadan’.
Sentiasamementingkan kesihatan pendengarnya, ERA pula bawakan ‘Tips Sihat ERA’ di manasetiap petang, seorang jurulatih kesihatan akan memberikan petua senaman yangboleh dilakukan di rumah ketika bulan puasa untuk kekal sihat. Terdapat jugaslot ‘E-Salam Ramadan’ bagi yang berjauhan dengan yang tersayang untukmengeratkan jalinan dengan menujukan ucapan Ramadan secara personal melaluisiaran radio.
Tidak dilupakandi ruangan digital pula, Gempak membawakan musim kedua ‘Iftar Ala King’ bersamahos, Naim Daniel! Program ‘Mind Your Jawi’ pula mengajar tentang sejarahpenulisan jawi, cara-cara menulisnya dan fakta-fakta menarik tentang jawi. Dan,buat julung kalinya, Gempak menampilkan sebuah komik eksperimental ‘30 HariPuasa Fifi’. Ria X pula mempersembahkan game show ‘Hang Peka Hang Teka’ edisiRamadan serta ‘The Cuba Show XTRa with Hanbyul’ yang menyaksikan pemenang BigStage 2, Hanbyul mencuba juadah Ramadan dan Raya. ‘Zon Lawak’ pula mahumengajak anda mempelajari cara-cara memasak yang ringkas, ala-bujang, denganprogram ‘Dapur Noob’! Juga sertai Aliza Kim bersama ‘Salam Muslim’ denganprogram ‘Halal Love Guide’.
Pelanggan Astroboleh membeli 2 buah tayar melalui Astro Rewards dan dapatkan 2 buah tayar lagisecara percuma di Lim Tayar! Juga, beli sahaja keperluan rumah dan keluargadengan aplikasi Happy Fresh yang menawarkan penghantaran percuma untukpembelian minima RM200. Berbelanja sakan di Zalora dan dapatkan diskaun 20%untuk pembelian minima RM150 bagi pengguna sedia ada, dan 24% untuk penggunabaharu, tanpa pembelian minima. Untuk maklumat lanjut, layari rewards.astro.com.my. Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Sehingga 17 Mei2020, muat turun sahajaaplikasi Astro GO dan pelanggan Astro berpeluang untukmemenangi telefon pintarVivo V17 Pro dan baucar tunai JD Sports yang bernilaisehingga RM500 di mana pemenang akan dipilihsetiap 2 minggu! Untuk memenangihadiah tersebut, pelanggan Astro hanya perlu muat turun aplikasi Astro GO, logmasuk danisi borang di contests.astro.com.my/go.Bagi pengguna Astro GO sediaada yang aktif, isi borang peraduan di pautan diatas dan dapatkan peluang untukmenang.
Promosi hanya RM2*sehari untuk dos hiburan dengan Pek Starter! Saksikan pelbagai seleksidramatangkap leleh, pertandingan realiti popular dan rancangan komedi yangpalinglawak di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03 7481 9000. #BiarBetul?Betul!
Mulai 30 Aprilhingga 30 Jun, nikmati saluranRia (saluran 124) dan Warna (saluran 127) selama30 hari dengan Pek Senyuman dengan hanya RM30! Dapatkanya di saluran 200 atau njoi.com.my.
Sempena Ramadanini, SYOK memperkenalkan siri video ‘Puasa Sana Sini’, yang mengikutipengalamanumat Islam dalam mengharungi cabaran menyambut bulan Ramadan yangindah di saatpandemik COVID-19 masih menular, dan juga ‘Hikmah’, drama audio yangmengisahkan pelbagai pengajaran darial-Quran. Aplikasi SYOK boleh dimuat turunsecara percuma di Apple App Store,Google Play Store dan Huawei App Gallery.Aplikasi AWANI pula tampil serba baharu! Pengguna boleh bergerak bersamaberitaterkini dan dapatkan fakta sahih melalui notifikasi, fungsi LIVE TVyangditambah baik, arkib podcast, video dengan skrol tanpa henti serta infosolatdan kiblat.
BersempenaRamadan, kempen ‘Go Shop e-BazarRamadan’ menawarkan diskaun sehingga 60% kepadapara pelanggan dari 15 April hingga 30 April 2020. Parapelanggan bolehmenikmati program eksklusif ‘Assalamualaikum Ramadan’ di GoShop GAAYA (saluran120) pada jam 9 pagi sepanjang Ramadan. Program ini juga akan disiarkan secaraserentak di Astro Oasis, dan menampilkan produk gayahidup Muslim, makanankesihatan dan banyak lagi. Selain itu, para pelangganjuga dapat menggunakan kod‘CARE30’ atau ‘CARE60’ untuk menikmati potongan segera sebanyak RM30 atau RM60apabila mereka membeli produk yang dipamerkan melalui program TV Go Shop.
Jangan lupa,temujanji anda bersama kami di Astro, mulai 14 April hingga 30 Jun 2020.
#IndahkanSenyuman#EratkanJalinan | astroraya.com.my