PAGOHJOHOR 14 NOV 2025 –Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Astro Audio melalui stesen radio ZAYAN telah menjayakan Karnival Sahabat Kata 2025, sebuah inisiatif memperkukuh budaya bahasa dan permainan tradisional di kalangan generasi muda. Karnival ini berlangsung sehari sahaja (13 NOV 2025) di Pusat Konvensyen Hub Pendidikan Tinggi Pagoh. Di dalam hub Pendidikan ini terdapat empat universiti berkongsi fasiliti disediakan iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), UniverisitiTun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik.
Antara pengisian menarik ialah permainan tradisional Malaysia seperti Sahiba, Saidina dan Chupp, yang menjadi tarikan utama pengunjung. ZAYAN hadir sebagai rakanradio rasmi, mengadakan siaran luar (OB) dari jam 10 pagi hingga 3 petang bersama penyampai Lin Ariffin menerusi segmen khas.
Lebih 100 pelajar hadir untuk menyertai sesi ujibakat ‘Akulah DJ’, sebuah inisiatif ZAYAN yang memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dunia penyiaran secaralangsung. Daripada jumlah itu, 8 peserta terpilih untuk sesi ujibakat secara langsung, dan seorang pemenang berjaya dipilih untuk berpeluang ke udara di ZAYAN serta membawa pulang wang tunai RM700.
Pengurus Jenama Zayan, Wan Syahrul Wan Amri,berkata pihaknya berterima kasih kepada DBP atas peluang ini dan berbanggadapat menjadi sebahagian daripada Karnival Sahabat Kata 2025. Program ini bukan sahaja mengangkat permainan tradisional dan bahasa, tetapi juga membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali dunia penyiaran radio secara lebih dekat.
“Inisiatif ‘Akulah DJ’ adalah usaha kami untuk mencungkil bakat baharu dan memberi pengalaman sebenar kepada pelajar tentang bagaimana radio berfungsi sebagai medium komunikasi yang positif. Kami percaya platform seperti ini adalah cara terbaik untuk mengeratkan hubungan antara stesen radio, penyampai, dan pendengar khususnya golongan pelajar yang merupakan pemangkin masa depan industri media.
“ZAYAN sentiasa komited untuk menyokong inisiatif yang memberi nilai kepada masyarakat, dan kami bersedia untuk bekerjasama dalam program seumpama ini pada masa akan datang. Harapan kami, usaha ini dapat melahirkan bakat baharu yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga memahami peranan radio sebagai medium komunikasi yang berpengaruh,” akhirnya
MenurutDBP, program seumpama ini akan diperluas ke IPT lain pada masa akan datang dengan sokongan berterusan daripada Astro Audio, bagi memastikan usaha memartabatkan bahasa dan budaya terus relevan dalam kalangan masyarakat.
Untukberita, info dan aktiviti terkini layari laman sosial rasmi ZAYAN atau muatnaik aplikasi ZAYAN di App Store, Google Playstore dan Huawei App Gallery.


%201.png)
