KUALA LUMPUR, 22 Mac 2018 – Jika anda seorang yang gemarkan muzik, dan tidak gentar mempersembahkan seni nyanyian di khayalak ramai, inilah peluang keemasan anda! SINAR telah melancarkan ‘Kugiran SINAR’, kempen yang meraikan penggemar-penggemar muzik yang mampu membawakan bakat nyanyian secara langsung.
Bermula 23 Mac ini, ‘Kugiran SINAR’ akan memulakan penjelajahan ke tiga lokasi seluruh Malaysia, untuk mencari bakat-bakat yang bakal diangkat sebagai juara nyanyian yang berpeluang mempersembahkan bakat nyanyian dengan iringan pemuzik lagenda tahun 90-an, Shah SLAM.
Pendengar yang berminat untuk menyertai ‘Kugiran SINAR’ harus memuatnaik sebuah video nyanyian mereka tanpa muzik (unplugged) ke laman sosial Instagram dengan hashtag #KugiranSINARIJMLAND. penyertaan bermula 19 March 2018 ini.
10 peserta terpilih akan bertanding untuk gelaran juara pada acara on-ground ‘Kugiran SINAR’, untuk merebut hadiah wang tunai bernilai RM3,000. Selama 3 minggu, penyampai-penyampai SINAR seperti Jep, Rahim, Angah, SY, Adi, Abby dan Jamal akan turut menyertai penjelajahan ini untuk memeriahkan lagi acara ‘Kugiran SINAR’.
Menurut Pengurus Kandungan SINAR, Rasidah Khasim, “Setelah beberapa tahun kami membuat penjelajahan seperti ini, saya berani berkata bahawa rakyat Malaysia merupakan antara yang berbakat dalam aktiviti hiburan nyanyian ini. Ke mana-mana sahaja kami pergi, pasti akan ada yang mengagumkan kami dengan alunan suara mereka.
“Ini termasuk juga mereka yang menyanyi secara busking mahupun secara dalam talian melalui aplikasi-aplikasi nyanyian yang ada. Justeru, kami ingin memberikan mereka platform untuk menonjolkan bakat mereka, dan berpeluang untuk memenangi wang tunai. Oleh itu, ‘Kugiran SINAR’ menggalakkan penyertaan secara dalam talian untuk kami saringkan kepada Top 10, dan dari situ kami akan menjemput peserta dan pendengar-pendengar setia kami untuk bertemu kami di lokasi-lokasi ditetapkan bagi acara finale kami yang akan dimeriahkan lagi oleh Shah SLAM dan penyampai-penyampai radio SINAR.”
Antara lokasi jelajah yang dijadualkan adalah seperti berikut:
Lokasi
Tarikh
Pasar Karat Johor Bharu
Sabtu, 31 March 2018
Uptown Bandar PERDA, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Sabtu, 7 April 2018
Galeri Jualan Puncak Alam, Selangor
Sabtu, 14 April 2018
LEBIH PELUANG UNTUK MENANG
Selain itu, SINAR turut mengumumkan sebuah lagi kempen baharunya, ‘Silangkata SINAR’, yang akan bermula 9 April nanti.
Diilhamkan oleh permainan latihan minda tradisional atas nama yang sama, ‘Silangkata SINAR’ akan menguji kepantasan cara pemikiran para pendengar untuk menjawab soalan dengan betul dalam masa yang ditetapkan. Silangkata dan petunjuk-pentunjuknya akan dipaparkan di laman media sosial SINAR, dan pendengar harus nantikan insyarat memanggil untuk menjadi pemanggil terpantas.
Pendengar yang berjaya memberikan jawapan yang tepat akan berpeluang merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai bernilai RM16,000. Bagi setiap jawapan yang salah, wang tersebut akan dibawakan ke segmen seterusnya.
Untuk matlumat lanjut tentang kempen-kempen SINAR, layari www.sinar.my atau ikuti laman media sosial SINAR di Facebook, Instagram dan Twitter.