Lebaran ERA X LEEYANARAHMAN Menyala di Stadium Merdeka
20
January
2025

Lebaran ERA X LEEYANARAHMAN Menyala di Stadium Merdeka

KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2025 – Buat pertama kalinya, ERA, stesen radio No. 1 Malaysia, berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal, Leeyana Rahman, untuk mempersembahkan pertunjukan fesyen eksklusif Lebaran ERA x LEEYANARAHMAN di Stadium Merdeka. Pertunjukan ini mempamerkan koleksi pakaian lelaki, wanita, dan tudung eksklusif sempena Aidilfitri 2025. Dengan pilihan warna lembut dan pastel, koleksi ini menyerlahkan gaya elegan yang sesuai untuk semua golongan.

Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, menyatakan keterujaan atas kolaborasi ini:
“Kami amat berbesar hati kerana Leeyana Rahman memilih ERA untuk melancarkan koleksi pakaian terbaharunya. Kerjasama ini luar biasa kerana Leeyana Rahman memiliki peminat setia yang sentiasa menyokong produk bumiputera. Kami juga berbangga dapat mengetengahkan barisan penyampai ERA seperti Azad Jasmin, Fazziq, Syazwan, dan Safee Sali untuk memperagakan koleksi ini di runway. Ini merupakan simbol sokongan penuh kami terhadap industri fesyen tempatan.”

Jenama Leeyana Rahman yang diasaskan pada tahun 2012 terus menjadi pilihan ramai menerusi inovasi dalam fesyen dan harga mampu milik. Ratusan koleksi mereka boleh didapati melalui laman sesawang rasmi serta butik utama di Bangi, Selangor.

“Umum mengetahui, koleksi Leeyana Rahman sentiasa menepati cita rasa pelbagai lapisan masyarakat. ERA amat teruja untuk memperluaskan kerjasama ini di masa hadapan demi memperkasakan hubungan dagang antara kedua-dua pihak,” tambah Azah Sahrin.

Acara ini turut mendapat sokongan daripada Kedai Emas Sri Tanah Merah dan diserikan dengan persembahan hebat daripada artis terkenal seperti DOLLA, Ismail Izzani, dan DJ Mia. Lebih menarik lagi, acara ini menjadi pentas pertama untuk Syazwan Razak adik kepada pelakon Syafiq Kyle memulakan karier  baharunya sebagai penyampai hujung minggu ERA.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti, program, dan berita terkini, sila layari laman media sosial rasmi ERA. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti detik-detik menarik dari acara penuh gaya ini!