MENANGI HADIAH WANG TUNAI DALAM PINTU BERDUIT SINAR
17
January
2022

MENANGI HADIAH WANG TUNAI DALAM PINTU BERDUIT SINAR

Bawa pulang sebahagian daripada RM30,000 sekarang hingga 28 Januari di udara

Peminat SINAR dipelawa untuk menyertai pertandingan ‘Pintu Berduit SINAR’, yang dibawakan oleh RediPay, dan berpeluang menang sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM30,000 dari 17 hingga 28 Januari, di udara.

Langkah mudah untuk sertai ‘Pintu Berduit SINAR’ adalah seperti berikut:

  • Peserta perlu mendapatkan ‘kunci’ dari ‘Pintu Berduit’ yang dimuat naik menerusi ‘Instagram Story’ and ‘Facebook Story’ SINAR.
  • Selepas mendapatkan ‘kunci’, peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara dan berikan ‘kunci’ tersebut untuk peluang membuka ‘Pintu Berduit SINAR’.
  • Peserta bersama kunci yang betul akan diberi 4 ‘Pintu Berduit’ dan peserta perlu memilih satu pintu untuk menentukan wang tunai yang bakal dimenangi.
  • Nilai daripada pintu tersebut adalah wang tunai yang akan dibawa pulang oleh peserta.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Pintu Berduit SINAR’ dan kempen-kempen, layari SINAR di sinar.my atau ikuti SINAR di platform media sosial.