Menangi hadiah wang tunai serta pembiayaan bil di ERA, SINAR dan ZAYAN
07
March
2023

Menangi hadiah wang tunai serta pembiayaan bil di ERA, SINAR dan ZAYAN

Semua boleh mengambil bahagian dalam  ‘ERA Bayar Bil’, ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ dan ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’, dari sekarang hingga 17 Mac, di laman rasmi dan di udara.

ERA: ERA Bayar Bil

Hantarkan bil-bil sehingga RM150 yang ingin dibiayai melalui ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi ERA

  • Layari laman rasmi era.syok.my untuk mendapatkan pautan borang penyertaan.
  • Lengkapkan penyertaan dengan maklumat diri dan kepilkan lampiran bil untuk dibiayai. Bil yang dihantar boleh di atas nama sendiri atau orang yang dikenali.
  • Peserta juga perlu kongsikan kisah disebalik bil yang ingin dibiayai oleh ERA.
  • Personaliti ERA akan menghubungi peserta yang berjaya di udara.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

SINAR: Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR

Teka tajuk filem dalam ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM150, di udara

  • Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Teka tajuk filem berdasarkan emoji yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’ SINAR.
  • Peserta bersama tajuk filem yang betul akan membawa pulang wang tunai RM150. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

ZAYAN: ZAYAN Teka Artis Nasyid

Teka nama artis nasyid dalam ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM200, di udara

  • Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Teka nama artis nasyid berdasarkan imej  yang dimuat naik melalui Facebook dan Instagram ZAYAN.
  • Peserta bersama jawapan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM200. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.