Menangi wang tunai bersama radio ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN
22
February
2022

Menangi wang tunai bersama radio ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN

Sertai peraduan-peraduan ‘JoHaRa English Karok’, ‘Gerak Bibir SINAR’, ‘Pantun GEGAR’, dan ‘ZAYAN Teka Masjid’ di udara

ERA: JoHaRa English Karok

Uji bakat nyanyian dan berpeluang menang RM200, bermula 21 Februari, di udara

  • Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Peserta perlu meneka tajuk lagu yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dengan betul. Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram ERA.
  • Peserta yang memberikan jawapan tepat akan membawa pulang wang tunai RM200. Peserta juga berpeluang memenangi barangan eksklusif dari Hasnuri bernilai RM100 dalam pusingan ‘Bonus Hour’.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘JoHaRa English Karok’di laman rasmi dan media sosial ERA.

SINAR: Gerak Bibir SINAR 2.0

Berpeluang menang wang tunai RM250 atau lebih, dari 21 Februari, di udara

  • Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggilterpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Teka perkataan yang disebut oleh personalitiSINAR menerusi pembayang yang dimuat naik di ‘Facebook Story’ dan ‘InstagramStory’ SINAR.
  • Peserta bersama perkataan yang betul akanmembawa pulang wang tunai sekurang-kurangnya bernilai RM250 pada setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Gerak Bibir SINAR 2.0’di laman rasmi dan media sosial SINAR.

GEGAR: Pantun GEGAR

Uji bakat dan berpeluang membawa pulang wang tunai RM100 bermula 20 Februari, di udara

  • Pendengar GEGAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Cipta pantun 4 kerat berdasarkan tema harian yang dimuat naik di Facebook dan Instagram SINAR. Pantun haruslah kreatif, mengikut rima yang sama dan bersesuaian.
  • Peserta yangberjaya akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Pantun GEGAR’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

ZAYAN: ZAYAN Teka Masjid

Uji pengetahuan untuk peluang menang wang tunai bernilai RM200 dari 21 Februari, di udara

  • Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Berikan nama masjid dengan betul berdasarkan pembayang yang dimuat naik menerusi ‘Facebook Story’dan ‘Instagram Story’ ZAYAN.
  • Peserta bersama jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM200.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘ZAYAN Teka Masjid’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.