Nikmati personaliti baharu dan pengisian terkini bersama radio GEGAR
16
August
2021

Nikmati personaliti baharu dan pengisian terkini bersama radio GEGAR

GEGAR: Personaliti Baharu dan Pengisian Terkini

Para peminat GEGAR, radio pilihan No. 1 di Pantai Timur, boleh menikmati barisan personaliti baharu bersama segmen-segmen terkini bermula hari ini, di udara dan juga di aplikasi SYOK.

Segmen pagi ‘GEGAR Pagi bersama Shah dan Issey’, yang serba baharu menampilkan kehadiran Issey Fazlisham, personaliti baharu GEGAR, bergandingan bersama Shah Muhammad, suara pagi GEGAR yang dikenali ramai. Issey Fazlisham, jejaka kelahiran Kelantan yang berjiwa besar dalam seni persembahan dikir barat dan adat budaya Melayu, akan merancakkan suasana pagi di GEGAR dengan celoteh, buah fikiran dan perkongsian menarik bersama Shah Muhammad, dan juga dimeriahkan dengan variasi program-program baharu di waktu pagi.

Para peminat boleh mendengarkan ‘GEGAR Pagi bersama Shah dan Issey’, setiap Ahad hingga Khamis, 6 hingga 10 pagi, dengan pelbagai program baharu berunsur santapan minda, sesi bual bicara dan perkongisan santai, termasuk:

  • Tadarus Pagi, bacaan Al Quran yang diperdengarkan selepas waktu solat Subuh.
  • Dikir Netizen, perkongisan topik dan isu semasa yang mendapat perhatian peminat di luar dan di platform media sosial.
  • Mari Nnakir, sesi perkongsian pendapat dan bual bicara bersama peminat.
  • Bbadi Dang, berhibur bersama peminat untuk permainan ‘siapa cepat’ dengan pelbagai topik menarik.
  • Kongsi Rasa, ruang untuk peminat berkongsi cerita, masalah serta menerima pandangan daripada Shah dan Issey.

Peminat juga boleh menikmati segmen ‘GEGAR 10-3’, yang kini akan dikendalikan oleh Mek Zura, setiap Ahad hingga Khamis, dari 10 pagi hingga 3 petang. ‘GEGAR 10-3’ akan mempersembahkan pengisian baharu termasuk perbincangan topik-topik berkaitan wanita, tips keibuan, berkongsi resepi masakan, dan sebagainya seperti:

  • Kisah Rumahtangga, peminat boleh berkongsi tentang gelagat pasangan selepas berumah tangga dan perkara yang dilalui untuk panduan bersama.
  • Susah Ke Masak?, Mek Zura berkongsi resepi dan tips memasak bersama peminat.
  • Aku Nyanyi Untukmu, peminat diberi peluang untuk menyanyi dan lagu tersebut boleh disampaikan kepada keluarga dan sahabat.
  • Busy Apa Hari Ini?, peminat boleh berkongsi cerita dan aktiviti yang dilakukan disepanjang hari bersama Mek Zura.

Di segmen ‘GEGAR Malam’ pula, para peminat kini akan ditemani oleh Scha Musa, setiap Ahad hingga Khamis, bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, menghiburkan peminat dengan pengisian baharu seperti:

  • Lagu Oversea, pilihan lagu antarabangsa yang ditentukan oleh peminat berdasarkan undian yang dibuat menerusi Instagram GEGAR.
  • Busker Malam, peluang buat kumpulan ‘busker’, artis baharu, dan artis tempatan untuk mengetengahkan bakat.
  • Kelas Malam, sesi perkongsian selain pembelajaran secara santai antara pendengar berkaitan topik muzik, sukan, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi.
  • Game Apa Malam Ini?, Scha akan berinteraksi bersama pemain-pemain e-sukan di Pantai Timur dan bertanya tentang selok-belok dalam permainan.

Para peminat GEGAR boleh terus berhibur dengan segmen ‘GEGAR Petang’, bersama Ewan dan DJ Nazz, setiap Ahad hingga Khamis, 3 petang hingga 7 malam, yang mempersembahkan gandingan unik dengan pengisian yang menarik perhatian ramai peminat seperti Buletin Pantai Timur, Sembang Petang, DJ Nazz Rungkai dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang personaliti baharu dan pengisian terkini GEGAR, layari www.gegar.my atau ikuti GEGAR di platform media sosial.