Strim GEGAR pada bila-bila masa, di mana jua menerusi aplikasi SYOK
Para peminat GEGAR, radio pilihan No. 1 di Pantai Timur, boleh menikmati personaliti-personaliti baru dalam segmen GEGAR Malam, serta pengisian terkini dalam segmen GEGAR 10-3, di udara dan juga di aplikasi SYOK.
Segmen GEGAR Malam, yang serba baharu akan dihos oleh Rea (Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad), personaliti baharu GEGAR yang juga merupakan seorang personaliti TV dan radio yang elegan dan berminat dalam persolekan, cara hidup yang sihat, fesyen serta berfokus kepada keluarga selaku seorang ibu muda. Para peminat boleh mendengarkan GEGAR Malam, dengan pelbagai program dan perbincangan berkaitan topik-topik berkaitan berita hiburan, fesyen, tip kesihatan dan perkongsian cerita hidup sebenar dalam segmen-segmen:
- Tips Kesihatan dimana Rea akan berkongsi satu tip kesihatan kepada pendengar setiap hari.
- Selongkar Realiti, untuk perbincangan bersama pendengar dan para profesional untuk isu-isu perhubungan di dalam komuniti.
GEGAR Malam akan ke udara setiap Ahad hingga Khamis, 9.20 hingga 10 malam.
Tambahan, para peminat GEGAR boleh menikmati rancangan-rancangan baru dalam segmen GEGAR 10-3, yang ke udara Ahad hingga Khamis, 10 pagi hingga 3 petang, bersama Scha Musa:
- Schatokers, dimana Scha akan memuat naik dua lagu TikTok di akaun Instagram GEGAR, untuk undian para peminat GEGAR. Lagu yang menerima undian tertinggi akan dimain pada pukul 2 tengah hari.
- Makang Mana Hari Ni?, untuk pendengar berkongsi pilihan makanan tengah hari mereka.
- Kaki Karaoke, dimana para pendengar boleh menelefon untuk menyanyikan lagu karaoke kesukaan mereka.
- Bakat Pantai Timur, dimana Scha akan menemubual dan meraikan bakat-bakat dari pelbagai industry dari Pantai Timur, termasuk penyanyi, pelakon, pemuzik, busker, pengarah, penerbit, pereka, atlit, dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, layari www.gegar.my atau ikuti GEGAR di platform media sosial seperti di bawah.