Nikmati personaliti baharu segmen ZAYAN Halal Café bersama Hazwan Syah
01
February
2022

Nikmati personaliti baharu segmen ZAYAN Halal Café bersama Hazwan Syah

Strim setiap Isnin - Jumaat, 8 malam - 12 tengah malam di SYOK

ZAYAN, destinasi Muslim kontemporari, teruja memperkenalkan Hazwan Syah, personaliti baharu untuk segmen ZAYAN Halal Café bermula 1 Februari. Nikmati ZAYAN Halal Café setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 12 tengah malam, di udara dan di aplikasi SYOK.

Hazwan Syah atau nama sebenar Khairi Hazwan bin Muhammad Asri (36 tahun), merupakan seorang personaliti TV dan radio, juga aktif dalam penyiaran suara latar. Beliau akan mendekati peminat ZAYAN dengan pengisian-pengisian santai di waktu malam yang merangkumi:

  • Kisah Hati, di mana peminat boleh berkongsi cerita dan luahan hati bersama Hazwan, bermula 8 malam.
  • Kata Kata Mutiara, di mana Hazwan akan berikan kata-kata menarik yang boleh dijadikan panduan dan semangat bersama peminat, bermula 9 malam.
  • Ucapan dan Tuju Lagu, peminat diberi peluang untuk memberi ucapan dan memilih lagu untuk diajukan kepada ahli keluarga dan sahabat, bermula 10 malam.
  • Nasyid Top Eleven, peminat boleh mendengar carta nasyid yang diundi oleh peminat di laman web ZAYAN, bermula 11 malam.

Ulasan Wan Syahrul Amry, Pengurus Kandungan ZAYAN

“Kami teruja untuk memperkenalkanHazwan Syah, personaliti baharu ZAYAN bersama para peminat kami. Keunikan danperwatakan yang dibawa olehnya mampu menawan hati peminat, ditambah pula denganpengisian-pengisian baharu segmen ZAYAN Halal Café. Kami juga mengucapkanterima kasih kepada peminat di atas sokongan mereka dan berharap mereka akandapat berhibur dengan pembaharuan segmen ini.”

Untuk malumat lanjut tentang personaliti baharu ZAYAN, layari www.zayan.my atau ikuti ZAYAN di platform media sosial.