Kapsyen Gambar: (dari kiri) Finalis-finalis ‘Panah Sunnah ZAYAN’: Nur Ismail Che Man, Muhammad Amir`Arsyad, Mohd Saharuddin Hassan (Juara), Jamaludin Marsidi dan Norini Mohd Husain
‘Panah Sunnah ZAYAN’, aktiviti riadah oleh radio ZAYAN dalam memperkasakan generasi muda dengan perkara sunnah yang dituntut kepada umat Islam seperti sukan memanah. Dianjurkan dari 5 hingga 25 September melalui media sosial ZAYAN, 5 peserta terbaik melayakkan diri ke peringkat akhir daripada 20 peserta yang disenarai pendek, untuk bertanding pada 4 Oktober di Kompleks MSN, Taman Keramat Kuala Lumpur.
Setelah berjaya harungi pelbagai cabaran di padang memanah, Mohd Saharuddin Hassan (32 tahun) dinobatkan Juara ‘Panah Sunnah ZAYAN’ dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 berserta medal kemenangan. Naib Juara, Jamaludin Marsidi (42 tahun), pula membawa pulang RM300 dan medal dan di tempat ketiga, Muhammad Amir`Arsyad (23 tahun), membawa pulang RM200 serta medal. Pemenang hadiah saguhati pula, Norini Mohd Husain (39 tahun) dan Nur Ismail Che Man (26 tahun), yang memenangi tempat keempat dan kelima, masing-masing membawa pulang RM150, medal dan hadiah saguhati sumbangan SYOK.
Penjurian di peringkat akhir dibuat berdasarkan markah yang diperolehi oleh peserta-peserta semasa membuat panahan yang diadili oleh Ustaz Idzhar Jumali dari Kelab Memanah Tradisional Putrajaya (KEMETRA) selaku juri keseluruhan. Majlis turut dihadiri oleh personaliti ZAYAN, Mawi dan Anas (daripada segmen Salam Bros) yang menghoskan acara akhir ‘Panah Sunah ZAYAN’.
Penyertaan ‘Panah Sunnah ZAYAN’ mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta-peserta dari pelbagai lapisan umur. Menariknya, setiap peserta yang hadir turut menggayakan pakaian tradisional pahlawan Melayu bagi menaikkan semangat ketika bertanding.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Panah Sunnah ZAYAN’, sila layari www.zayan.my.