PENGISIAN LENGKAP KEMPEN ‘SEMPURNA SEADANYA’ ASTRO SEPANJANG SYAWAL
24
May
2019

PENGISIAN LENGKAP KEMPEN ‘SEMPURNA SEADANYA’ ASTRO SEPANJANG SYAWAL

Naib Presiden & Ketua BahagianMelayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro

Menerusi Kempen Sempurna Seadanya,Astro menjanjikan penawaran kandungan yang cukup komprehensif sepanjang musimperayaan bagi memberi nilai tambah kepada para pelanggan yang setia menyokongkami selama ini. Selain kepuasan pengalaman menonton, bonus ganjaran juga turutdiberikan menerusi program ‘Ramadan Raya NJOI’, promosi eksklusif programkesetiaan pelanggan menerusi ‘Astro Rewards’ serta baucar duit raya menerusiprogram ‘Duit Raya Rebate’ di Go Shop sebagai tanda penghargaan kami.


Pengisian Syawal bakal disemarakkandengan himpunan rancangan televisyen terhebat merangkumi program hiburanvariasi, muzikal dan komedi, koleksi filem-filem terlaris tempatan danantarabangsa, drama bersiri terkini, telefilem ‘spin-off’ menampilkan nama-namapopular tanah air, naskhah-naskhah throwback ‘legend’ serta program kanak-kanakdan animasi. Para peminat sukan bola sepak pula pastinya tidak akan ketinggalanuntuk menyaksikan perlawanan akhir Liga Eropah (UEFA) dan Liga Juara-Juara UEFApada minggu terakhir Ramadan.


Bagi peminat naskhah premium, kamiturut membawakan filem televisyen (FTV) terbaharu menerusi platform Astro FirstEksklusif dan disusuli dengan filem-filem terkini terbitan Astro Shaw yangbakal menemui para penonton di pawagan seluruh Malaysia tidak lama lagi.Pelbagai program istimewa raya dalam format video digital juga bakal disiarkan secaraeksklusif di kesemua platform digital Astro.


Masih mengekalkan tradisi yangdinantikan saban tahun, Astro turut membawakan sebuah lagi kisah menarikmenerusi iklan komersial ‘Raya Kuasa 7’ yang sarat dengan mesej bermaknameskipun diterjemahkan dalam bentuk komedi santai. Uniknya, garapan naratifpenceritaan kisah kali ini turut menyuntik kesinambungan intipati temakempen-kempen Astro terdahulu iaitu elemen kemaafan menerusi ‘Kosong-Kosong’,elemen kebersamaan menerusi ‘Meriah Bersama’ dan terbaharu elemen kekeluargaandan hubungan silaturrahim menerusi ‘Sempurna Seadanya’.


FAKTA PENTING PENGISIAN UTAMA KEMPEN `SEMPURNA SEADANYA


KANDUNGAN TELEVISYEN MENARIK SEPANJANG SYAWAL

  • Pasangan hos popular NabilAhmad & Neelofa bakal menemani penonton pada malam raya tahun ini (Aidilfitridijangka jatuh pada hari Rabu, 5 Jun 2019) menerusi program ‘MeleTOP Raya’ di saluran Astro Ria & Ria HD yang menampilkankeluarga selebriti popular tanah air sebagai artis jemputan termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turutdiiringi dengan kehadiran Siti Aafiyah,Ariff Jiwa, Tya Arifin & Asyraf Khalid;Lana Nordin Mckienzie bersama suami dan kedua cahaya matanya; Fauziah Latiff, Dato’ M Nasir, Ernie Zakri,Syamel, Andi Bernadee, Nabila Razali, Syafiq Farhain serta ramai lagi.
  • Koleksi filem-filem terlaris tempatan danantarabangsa daripada yang terkini hingga ke retro turut menemani penontonsepanjang Aidilfitri ini seperti HantuKak Limah, Polis Evo 2, Abang Long Fadil 2, Pengabdi Setan, Dukun, Munafik 2,Train To Busan, Midnight Runners, Bad Genius, Mann, Kabhi Khushi Kabhie Gham,Kuch Kuch Hota Hai serta banyak lagi.
  • (Astro Ria), ‘Cinta Overhaul Aidilfitri’ (Astro Warna) yang menampilkan Erra Fazira, Ajak & Shahrol Shiro sertapenampilan istimewa Dato’ Jamal Abdillahsebagai ‘Zack’ & Norlia Ghani sebagai ‘Azura’ dan banyak lagi.
  • Para penonton juga akan dihiburkan dengan pelbagai program hiburan berunsur komedi sepanjangmusim perayaan ini menerusi saluran Astro Warna & Warna HD seperti ‘MLM Raya 2019’, ‘Sepahtu Reunion Raya Gear 5’, ‘ArenaPanggang Marah-Marah Sayang’ dengan penampilan istimewa Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida, Scha Al Yahya, AwalAshaari, Ozlynn & Johan, FTV ‘The Hantus’ arahan Nabil Ahmad yangpernah disiarkan untuk langganan di platform Astro First Eksklusif tahun laluserta banyak lagi
  • Drama bersiri terkini yang menampilkan nama-namapopular tanah air turut menanti antaranya minggu akhir ‘Curi-Curi Cinta’ (Aiman Hakim Redza & Zahirah Macwilson) yangakan jatuh pada minggu kedua Syawal dan disusuli dengan drama terbaharu lakonanKamal Adli & Uqasha Senrosemenerusi ‘Setelah Lafaznya Akad’.
  • Manakala telefilemspin-off’ terhebat turut dibariskan seperti ‘Cerita Raya Luar Biasa’ (Wany Hasrita,Ismail Izzani, Andi Bernadee) ‘Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya’ (Fikry Ibrahim& Farah Nabilah), ‘Kan Ku Kejar Cinta Kamu Raya’ (Fendy Bakry & AmyraRosli), ‘Buku Resipi Mak Esah’ (Sherry Al Hadad),‘Jihan Spooky Show’ (Jihan Muse) dan banyak lagi.
  • Atas permintaan ramai,Astro Prima & Prima HD turut membariskan koleksi throwback naskhah-naskhah ‘legend’ yang pastinya mengundangderaian air mata menerusi judul Pondok Buruk 1’, ‘PondokBuruk 2’, ‘Quran Buruk’, ‘Pondok Plastik Tepi Kubur’ & ‘Kereta SorongNenek’. Bagi memberi kepuasan menonton yang maksima dengan kualiti yanglebih jelas, telefilem-telefilem ini telah dinaiktaraf dalam format definisi tinggi untuk dipertontonkan buat pertama kalinya pada hari raya kelak.
  • Program istimewa animasidan kanak-kanak juga turut disajikansepanjang Syawal menerusi saluran Astro Ceria seperti koleksi siri animasiseperti Nussa’,‘Upin Ipin Raya’ & ‘Omar & Hana’, telefilem ‘Raya Kolumpo’ (Nabil Ahmad, Jalil Hamid& Zulin Aziz) danpertandingannyanyianterbaharu ‘Ceria Megastar Ministar’ yangmenampilkan Datuk Aznil Nawawi &Zizan Razak sebagai juri tetap.


K