PULAU PINANG 19 JULAI 2025 – ERA, stesen radio pilihan No.1 di Malaysia, turut serta memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung dari 17 hingga 20 Julai di Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.
Sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia, ERA tampil dengan aktiviti khas bertemakan Sukan Uniti ERA yang berlangsung pada Jumaat. Acara ini dimeriahkan oleh kehadiran penyampai ERA seperti Nabil Ahmad, Azad Jazmin, Radin, Haziq, Sasha, Munaabella dan Syazwan Razak, yang turun padang untuk berinteraksi secara langsung bersama para pengunjung.
Menambahkan lagi kemeriahan, beberapa selebriti tanah airturut hadir termasuk CIK B, Amar Ahyan, Eric Fuzi, Ryan Bakery, Wany Hasrita, Amira Othman dan Haqiem Rusli menjadikan acara ini lebih istimewa dan penuh gelak ketawa.
Antara permainan rakyat yang mencuri perhatian termasuk Lumba Itik, Semut Berkawat, Cup Stacking, Body Rolling, Pyramid dan Ulat Bulu Berantai yang berlangsung bermula jam 4.00 petang hingga 6.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja mencuit hati, malah menyatukan pelbagai lapisan masyarakatdalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Menurut Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, kami amat teruja dan berbesar hati kerana dapat turut serta dalam Sambutan Minggu Perpaduan 2025 ini. Ia adalah platform terbaik untuk kami mendekati pendengar dari pelbagai latar belakang sambil menyampaikan mesej perpaduan dalam cara yang santai dan menyeronokkan. Kehadiran penyampai dan selebriti ERA di acara ini memberi peluang untuk mencipta kenangan manis bersama pendengar serta menyemarakkan semangat muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sebagai sebuah jenama radio yang sentiasa dekat dengan komuniti, ERA percaya bahawa hiburan boleh menjadi medium yang berkesan untuk memupuk nilai-nilai perpaduan, toleransi dan kasih sayang antara satu samalain. Melalui aktiviti seperti Sukan Uniti ERA, kami bukan sahaja membawa hiburan, malah memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi, bergelak ketawa dan menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.
Kami juga amat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput ERA untuk turut serta dalam program yang cukup bermakna ini. Kami harap usaha ini akan terus menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu padu,” akhirnya
Untuk aktiviti, program dan berita terkini layari laman sosial rasmi ERA dan jangan lupa muat turun aplikasi ERA di Google Play, AppStore dan Huawei App.