PROGRAM BUAL BICARA ‘MINGGUAN WANITA’ TAMPIL SERBA BAHARU  DI ASTRO PRIMA
20
June
2019

PROGRAM BUAL BICARA ‘MINGGUAN WANITA’ TAMPIL SERBA BAHARU DI ASTRO PRIMA

Seperti yang kita tahu, majalah Mingguan Wanita merupakan majalah wanita paling popular di Malaysia dan sudahpun berada di pasaran sejak 41 tahun yang lalu. Jenama dan legasi majalah tersebut juga cukup kukuh dan terkenal dengan pengisian kandungan yang sangat dekat dengan wanita bersesuaian dengan kelompok sasaran penonton saluran Astro Prima sendiri.

Kolaborasi dinamik ini membawakan perkongsian kandungan yang diambil daripada majalah Mingguan Wanita untuk diterjemahkan dalam bentuk visual ke platfrom televisyen adalah satu inisiatif yang dilihat mampu memberi impak positif dan manfaat kepada kesemua pihak terutamanya para penonton.

Sementara itu, pemilihan kesemua selebriti dan personaliti terlibat untuk melunaskan tugas sebagai hos bersama pula adalah berdasarkan kepada populariti, kredibiliti serta karekter mereka yang menepati konsep dan penonton sasaran program ini.Kami percaya kesemua mereka mampu mengendalikan program ini dengan sentuhan dan gaya keunikkan mereka yang tersendiri sekaligus memikat hati para penontonuntuk terus melekat di kaca televisyen.”


TRIVIA MENARIK MENGENAI `MINGGUAN WANITA`

Lima selebriti popular tanah air yang telah dipertanggungjawabkanuntuk mengendalikan Mingguan Wanita’ selaku hos bersama ialah Siti Elizad, Erra Fazira, Sherry Alhadad, Norman Hakim dan Radin Amir (ERA). Manakala tiga personaliti terkenal dalam bidang masing-masing yang turut diberi mandat yang sama adalah Dato’ Fadzilah Kamsah, Prof. Dr Muhaya danImam Muda Ashraf.

Kesemua mereka akan digandingkan secara bergilir-gilir pada setiap episod yang bakal membincangkan topik harianberdasarkan tema yang berbeza setiap hari sepanjang musim ini bersiaran.

Pasangan hos untuk setiap hari Isnin ialah SitiElizad dan Erra Fazira yang bertemakan topik perbincangan tentang ‘Kesihatan& Kecantikan’. Antara kupasan menarik yang bakal dibawakan ialah berkenaan trend pemakaian bulu mata palsu menggunakan teknik pemanjangan atau ‘extension’,isu ‘body shaming’ dan fesyen khusus untuk golongan yang bertubuh gempal (plussize).

Manakala pasangan hos untuk setiap hari Selasa pula ialah Siti Elizad dan Radin Amir (ERA) untuk mengendalikan tema ‘Kemasyarakatan& Gaya Hidup’. Antara perbincangan menarik yang bakal diselami ialahmengenai isu ‘Rich Kid Syndrome’ serta ‘Suri Rumah VS Wanita Bekerjaya’.

Untuk setiap hari Rabu, Siti Elizad dan Sherry Alhadad akan bergandingan untuk mengendalikan tema ‘Makanan & Travelog’ yang membincangkan topik berkenaan makanan, minuman dan percutian yang tular dikalangan masyarakat. Contoh perbahasan adalah mengenai budaya melancong tanpamengenal usia dan sebagainya.

Siti Elizad, Erra Fazira & Norman Hakim akanbergilir-gilir mengendalikan topik perbincangan yang bertemakan ‘Cerita DalamKain’ pada setiap hari Khamis. Antara topik menarik yang akan diketengahkantermasuklah isu ‘Cinta atau Suka-Suka’, peranan isteri sebagai ketua keluargadan banyak lagi.

Tema pada setiap hari Jumaat pula ialah ‘Motivasi,Inspirasi & Kerohanian’ dan akan dikendalikan oleh Siti Elizad yang digandingkan secara bergilir-gilir setiap minggu bersama Dato’ Fadzilah Kamsah,Prof. Dr Muhaya dan Imam Muda Ashraf. Antara topik menarik ialah perbincangan mengenai ‘Membina Hidup Semula Selepas Kehilangan’ dan ‘Jari Ke Neraka’.

Seiring dengan perkembangan lanskap perkongsian digital, program ‘Mingguan Wanita’ juga akan diaktifkan menerusi laman media sosial termasuklah di Instagram, Facebook dan Whatsapp Hotline yang menggalakkan orang ramai untuk berkongsi pengalaman peribadi yang akan turut diketengahkan sewaktu topik perbincangan harian.