Bermula 7 malam, di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur
Radio ZAYAN dan Persatuan Munsyid Malaysia menjemput semua keluarga Muslim hadir menunaikan Solat Sunat Hajat dan bacaan Doa Selamat menerusi ‘ZAYAN Rehlah’, pada 24 Februari 2023, bermula jam 7 malam di perkarangan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Penganjuran ‘ZAYAN Rehlah’ adalah untuk memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar diberikan perlindungan dan kesejahteraan susulan bencana gempa bumi yang berlaku di bumi Turki, Syria dan negara berkaitan. Hadirin juga berkesempatan untuk mendengar tazkirah daripada Ustaz Ashraf Suarin, penceramah dan pendakwah, serta menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak secara berjemaah.
Selain itu, ZAYAN Rehlah akan dihadiri oleh personaliti-personaliti ZAYAN termasuk Mawi, Anas dan FBI (ZAYAN Pagi), Hazwan dan Hadhari (H&H di ZAYAN), serta penyanyi-penyanyi lagu nasyid tempatan.
Untuk maklumat lanjut, ikuti ZAYAN di platform media sosial.