Temui personaliti ERA Sarawak, nikmati pertunjukkan memasak dan hidangan Laksa Sarawak percuma
ERA Sarawak, jenama radio Melayu No. 1 di Malaysia Timur, menjemput semua untuk menghadiri sambutan ‘Hari Laksa Sarawak’ pada 23 Julai, jam 1 petang di Plaza Merdeka, Kuching. Dengan pelbagai keunikan dan tradisi untuk ditawarkan di Sarawak, ERA Sarawak teruja untuk meraikan makanan ikonik serta kegemaran ramai, ‘Laksa Sarawak’. Juadah ini seakan-akan penyatu antara semua sama ada warga tempatan mahupun pelancong asing.
Sebahagian daripada sambutan ‘Hari Laksa Sarawak’ bersama ERA Sarawak, beberapa peniaga Laksa Sarawak tempatan yang telah dinominasi oleh para peminat ERA Sarawak di media sosial akan menerima penghargaan. Lima lokasi yang telah menjual Laksa Sarawak disenarai pendek berdasarkan tinjauan yang dilakukan Afick dan Fir Afandi, personaliti Pagi ERA Sarawak. Peniaga-peniaga Laksa Sarawak ini akan dinobatkan sebagai “Laksa Sarawak terbaik yang diluluskan oleh ERA Sarawak” serta menerima plak penghargaan:
- Moms Laksa, Jalan Haji Taha
- Dewi Laksa Sarawak, Fuyu Café, Satok
- Laksa Sarawak Pak Amit Café, Jalan Kulas
- Kings Laksa Sarawak, ICOM Square
- Waterfront Hotel, Kuching
Tambahan lain, semua masyarakat Sarawak yang hadir ke sambutan ‘Hari Laksa Sarawak’ ini juga berkesempatan untuk bertemu dan beramah mesra bersama personaliti-personaliti ERA Sarawak termasuk: Afick dan Fir Afandi (Pagi ERA Sarawak); Chopie (Muzik Berdepergh ERA); Elya (Petang ERA) dan Dhirah Saini (Malam Hype ERA); Peminat juga boleh mempelajari cara memasak Laksa Sarawak yang akan dilakukan sendiri oleh Cef dari The Waterfront Hotel dan bermain permainan untuk peluang memenangi hadiah menarik. Manakala, 80 pengunjung terawal yang hadir ke sambutan ‘Hari Laksa Sarawak’ juga berpeluang menikmati santapan Laksa Sarawak secara percuma.
Untuk maklumat lanjut, ikuti ERA Sarawak di platform media sosial.