Rasai Kehangatan Serta Detik Gemilang Kontinjen Negara Bersama Astro
03
December
2025

Rasai Kehangatan Serta Detik Gemilang Kontinjen Negara Bersama Astro

Ikuti Temasya Sukan SEA, Thailand Dengan Lebih Dekat Di Astro Arena & Platform Digital Astro

Kuala Lumpur, 3 Disember 2025 – Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, terus memperkukuh kedudukannya sebagai Home of Sports dengan liputan menyeluruh Sukan SEA Thailand 2025, yang akan membuka tirai dari 9 - 20 Disember 2025. Peminat sukan akan berpeluang mengikuti setiap detik perjuangan atlet-atlet negara secara eksklusif menerusi Astro Arena (Saluran 801, 802) dan platform digital Astro GO dan sooka.

Sebagai saluran sukan utama Malaysia, Astro bakal menghantar 10 petugas produksi termasuk wartawan serta jurugambar ke bumi Gajah Putih selama 14 hari bagi memastikan setiap perkembangan dan sorotan penting disampaikan terus dari Lokasi kejohanan. Usaha ini mencerminkan komitmen Astro dalam menyediakan liputan komprehensif dan terperinci sepanjang berlangsungnya temasya dwitahunan ini.

Astro akan memulakan liputan temasya Sukan SEA seawal 6 Disember 2025, dengan acara tumpuan pastinya sukan bola sepak. Skuad kebangsaan dijadualkan membuka kempen mereka menentang Laos pada hari yang sama. Sukan badminton juga berpotensi untuk menyumbang pingat emas apabila Malaysia menurunkan barisan pasukan terkuat, dengan aksi pertama dijadualkan bermula pada 7 Disember 2025. Aksi tradisi Malaysia menentang Thailand dalam acara sepak takraw turut berkemungkinan menjadi sorotan utama, memandangkan kedua-dua negara merupakan seteru utama dalam sukan tersebut dan dijadualkan membuka saingan pada 9 Disember 2025 .

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, menegaskan komitmen Astro dalam memenuhi keperluan peminat sukan di Malaysia. “Sebagai Home of Sports, kami komited untuk menyediakan liputan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia. Sukan SEA merupakan pentas penting yang menampilkan semangat, ketabahan dan pencapaian atlet negara di peringkat antarabangsa. Sepanjang temasya, kami akan menyiarkan liputan harian dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam, merangkumi program khas, analisis studio, temu bual eksklusif serta laporan berita terkini di Nadi Arena bagi memastikan peminat tidak terlepas sebarang perkembangan penting. Kami mahu setiap detik perjuangan atlet negara dirasai dan dihayati oleh seluruh peminat sukan tanah air,” katanya.

Astro akan menyediakan rangkaian program khas untuk melengkapkan pengalaman tontonan penonton. Butiran program adalah seperti berikut:

Untuk maklumat lanjut mengenai liputan Sukan SEA Thailand 2025, peminat boleh mengikuti laman sosial rasmi Astro Arena di facebook.com/AstroArena, www.instagram.com/astroarenahd atau layari stadiumastro.com/.

Untuk Siaran Segera Langgan Pek Sports Astro One dengan hanya RM99.99/bulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Sports dengan hanya RM189.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari http://www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

*Tertakluk kepada terma dan syarat, Durasi Promosi tertakluk kepada Astro.