Kuala Lumpur, 19 Ogos 2024 – SINAR dengan bangganya mengumumkan bahawa penyampai radio, Ray, kini telah menyertai keluarga besar SINAR sebagai salah seorang penyampai untuk segmen popular, Pagi Di SINAR, bersama Jep dan Rahim. Kehadiran Ray dalam trio ini dijangka akan membawa nafas baru dan memberikan lebih banyak warna kepada segmen pagi yang digemari ramai.
Pengurus Saluran SINAR Raja Nadia Salwana menyifatkan Ray mempunyai pengalaman luas untuk beraksi dalam bidang penyiaran radio.
“Ray juga mahir dalam selok belok pengendalian segmen pagi radio sewaktu ketika dahulu dilihat mampu membimbing rakan penyampai yang lain.”
“Keserasian lebih menjurus kepada Ray selepas beberapa nama yang telah kami senarai pendek ketika proses pemilihan. Malah, Ray juga namanya tidak asing lagi dalam kalangan pendengar Astro Radio yang inginkan informasi terkini dan bersahaja.” - ujar beliau.
Dengan gabungan unik Jep, Rahim, dan Ray, Pagi Di Sinar akan terus menceriakan pagi para pendengar dengan humor, informasi, dan perbincangan menarik yang pastinya akan memberi impak positif.
Jangan ketinggalan untuk dengarkan Pagi Di Sinar setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi hanya di SINAR.
Dengarkan PAGI DI SINAR setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Ikuti SINAR di media sosial rasmi untuk berita terkini dan kandungan eksklusif.
SINAR:
- Facebook: SINAR's Facebook (https://www.facebook.com/SINARdotmy)
- Instagram: @sinar.my (https://www.instagram.com/sinar_my/)
- YouTube: SINAR on YouTube (https://www.youtube.com/@sinar_my)
- X (formerly Twitter): @sinar_my (https://twitter.com/sinar_my)
- TiKtok : @sinar_my (https://www.tiktok.com/@sinar_my)