Semua dijemput hadir ke ‘ERA SYOKVAGANZA’ pada 17 & 18 Dis di Ipoh
14
December
2022

Semua dijemput hadir ke ‘ERA SYOKVAGANZA’ pada 17 & 18 Dis di Ipoh

Saksikan perlawanan bola sepak, persembahan penyanyi popular & tontonan Piala Dunia FIFA 2022

ERA, jenama radio No. 1 di Malaysia, menjemput semua rakyat Malaysia untuk hadir memeriahkan ‘ERA SYOKVAGANZA’ dan menikmati pelbagai aktiviti and hiburan menarik di hujung minggu termasuk perlawanan bola sepak, persembahan penyanyi-penyanyi popular tanah air dan tontonan Piala Dunia FIFA 2022, pada 17 - 18 Disember 2022, bermula 5 petang hingga 12 tengah malam di Stadium Perak, Kompleks Sukan Ipoh, Perak.

Semua boleh menyaksikan perlawanan bola sepak yang akan diadakan pada 17 - 18 Disember 2022, bermula 5 petang, di Stadium Ipoh, Perak. Perlawanan bola sepak menampilkan ERAvengers FC yang diwakili Nabil, Radin dan Azad (3 Pagi ERA), Ray dan Haniff (101 ERA), Fazziq (Daebak ERA), bersama selebriti-selebriti tempatan termasuk kumpulan Akim and the Majistret, Insomniacks, Tomok, Black, serta kumpulan bola sepak amatur, Team Challo. Kesemua mereka akan menentang pemain-pemain bola sepak dari Perak FC dan Majlis Bandaraya Ipoh. Tiket perlawanan bola sepak boleh didapati di kaunter Stadium Perak, Ipoh.

Pengunjung di ‘ERA SYOKVAGNZA’ juga boleh berhibur dengan persembahan-persembahan hebat daripada penyanyi-penyanyi popular tempatan, pada 17 Disember 2022, bermula 8.30 malam, di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Peminat boleh menyaksikan persembahan daripada kumpulan muzik Akim and the Majistret dan Insomniacks, penyanyi-penyanyi popular Tomok, Black, Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Afiq Shazwan, Nabila Razali, Sarah Suhairi, serta penyanyi baharu, Hasif Upin dan Meernash.

Peminat bola sepak boleh turut menyaksikan tontonan perlawanan Piala Dunia FIFA 2022, pada 17 - 18 Disember 2022, bermula 11 malam, di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Peminat boleh menonton perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, serta perlawanan akhir kejuaraan FIFA 2022 bersama personaliti-personaliti ERA termasuk Nabil, Radin, Azad, Danial, Isha Norsham, Haniff, Ray, Fazziq dan Zahier Yusoff.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘ERA SYOKVAGANZA’, ikuti ERA di platform media sosial.